awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Kemboja maut dalam pertempuran Israel-Hamas

Bernama
Bernama
08/10/2023
10:26 MYT
Pelajar Kemboja maut dalam pertempuran Israel-Hamas
Dalam pesanan suara, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menyeru semua warga Kemboja di Israel supaya lebih berwaspada. - Gambar fail/Reuters
PHNOM PENH: Seorang pelajar Kemboja adalah antara yang maut dalam pertempuran antara tentera Israel dan Hamas yang tercetus pada Sabtu, kata Unit Jurucakap Kerajaan Diraja dalam satu kenyataan pada Ahad, lapor Xinhua.
"Kerajaan Diraja amat sedih mendengar berita seorang pelajar Kemboja daripada kira-kira 450 warga Kemboja yang berada di Israel meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya semasa pertempuran antara tentera Israel dan Hamas, yang meletus pada 7 Okt," menurut kenyataan itu.
[LAPOR LANGSUNG]: Palestin terus bermandi darah, Israel mengganas
"Kerajaan Diraja ingin merakamkan ucapan takziah yang mendalam atas kehilangan rakyat kami dan mengucapkan takziah kepada keluarga yang berduka," tambahnya.
Dalam pesanan suara, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menyeru semua warga Kemboja di Israel supaya lebih berwaspada.
Kementerian Luar Kemboja telah mengeluarkan kenyataan mengutuk semua bentuk keganasan.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#warga Kemboja
#lebih berwaspada
#pesanan suara
#ucapan takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan