Seorang pelancong Republik Czech mati setelah jatuh dari sebuah tebing di lokasi air terjun Bang Khun Si di Koh Samui, Thailand, gara-gara mengambil swafoto (selfie).
Mangsa berusia 32 tahun itu telah memasuki kawasan larangan untuk mengambil gambar tersebut namun berakhir dengan tragedi malang, lapor portal berita Bangkok Post.
Lelaki tersebut bercuti di Thailand bersama lapan rakan senegaranya pada 5 Februari lalu dan terus bergerak ke Koh Samui.
Pada Khamis, mereka mengunjungi air terjun Bang Khun Si.
Rakan-rakan mangsa memberitahu polis bahawa mangsa telah berjalan hingga ke hujung tebing untuk mengambil gambar, sekali gus tidak mempedulikan papan tanda larangan masuk yang diletakkan di situ.
Ketika dia sedang mencari sudut gambar paling cantik untuk berswafoto, dia tergelincir lalu jatuh dari tebing tersebut dan mukanya terhempas ke bongkah batu.
Beberapa rakan lelaki bergegas mendapatkannya dan cuba memberi bantuan kecemasan awal, namun sia-sia.
Pasukan penyelamat yang terdiri daripada polis dan tentera mengambil masa hingga 3 jam untuk membawa mayat mangsa ke ats tebing, sebelum seterusnya dibawa ke Hospital Koh Samui untuk bedah siasat.
Ketua Pelancongan Surat Thani, Samitasak Suttara berkata, tebing tersebut adalah sebahagian daripada kawasan tadahan di air terjun tersebut dan tidak boleh dimasuki pengunjung, namun papan tanda amaran di situ sering diabaikan.
Sebelum ini, dua pelancong pernah mengalami nasib yang sama, manakala tiga yang lain mengalami kecederaan.
Agensi
Sat Feb 24 2018
Air terjun Bang Khun Si memang indah di mata pengunjung, tapi ia juga boleh menjadi perangkap maut bagi yang tidak berhati-hati. - Foto: Art Bogdannov
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Mayat pemancing jatuh tebing di Jambatan Mempatih ditemui sempurna
Mangsa bersama rakannya pergi memancing di Jambatan Mempatih, Lanchang, terjatuh dari tebing sungai pada jam 10.56 malam Selasa.
Pelancong Czech mati jatuh tebing air terjun gara-gara 'selfie'
Bukan kali pertama kes mati akibat selfie, dan bukan kali pertama di lokasi pelancongan popular di Koh Samui itu.