awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong diminta jauhi Shibuya, Jepun semasa sambutan Halloween

Bernama
Bernama
06/10/2023
13:08 MYT
Pelancong diminta jauhi Shibuya, Jepun semasa sambutan Halloween
Tragedi rempuhan seperti yang membunuh kira-kira 160 orang semasa Halloween tahun lalu di Itaewon, Seoul dikhuatiri boleh berlaku di Shibuya. - Gambar fail
TOKYO: Pelawat asing dan pengunjung parti diminta tidak mengunjungi kawasan Shibuya yang sibuk di Tokyo, Jepun untuk sambutan Halloween yang dijangkakan pada akhir bulan ini kerana risiko dirempuh, kata seorang pegawai kerajaan tempatan, lapor Xinhua .
Datuk bandar Shibuya Ward di Tokyo, Ken Hasebe pada sidang media pada Khamis menggesa orang ramai yang mahu melawat Shibuya untuk Halloween pada 31 Okt dan beberapa hari menjelang sambutan itu untuk "mempertimbang semula" rancangan mereka.
Video bertajuk "Pada Malam Halloween Semua Orang Harus Menjauhi Shibuya" telah dipaparkan, mengecam perbuatan yang dilarang sama sekali di kawasan itu, termasuk keganasan, minum di jalanan dan pelanggaran lalu lintas, yang tidak dapat dielakkan berlaku dalam kalangan orang ramai yang meraikan Halloween.
"Tahun ini, kami menjelaskan kepada dunia bahawa Shibuya bukan tempat untuk acara Halloween... Tolong, jangan datang ke kawasan stesen Shibuya untuk Halloween," kata Hasebe.
Menyedari ramai pengunjung dari dalam dan luar Jepun datang ke kawasan itu setiap tahun untuk perayaan yang menyeronokkan, Hasebe menegaskan bahawa tragedi rempuhan seperti yang membunuh kira-kira 160 orang semasa menyambut Halloween tahun lepas di daerah Itaewon di Seoul boleh berlaku di Shibuya.
Antara 27 Okt dan 31 Okt tahun ini, Shibuya meningkatkan jumlah pengawal keselamatan dan pegawai untuk mengingatkan orang ramai tentang peraturan yang melarang pengambilan alkohol berhampiran stesen itu, kata pegawai kerajaan berkenaan.
Dalam tempoh itu, sekatan lalu lintas juga akan dilaksanakan pada waktu malam dan awal pagi, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#shibuya
#Halloween
#tragedi rempuhan itaewon
#larangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan