awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump bertanggungjawab atas kematian rakyat Iran semasa rusuhan - Ali Khamenei
Tanda tanya terjawab, anak sahkan Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah
Kemboja tahan 75 suspek penipuan dalam talian semasa serbuan terbaharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelanggan marah McDonald's hidang roti burger berkulat

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
06/01/2016
11:13 MYT
Pelanggan marah McDonald's hidang roti burger berkulat
Menurut Hantzis, semasa dia menunggu burger tersebut digantikan di kaunter, terdapat satu lagi burger lain sedia untuk dihidangkan yang juga berkulat. - Foto Facebook
SEORANG pelanggan McDonald’s di New South Wales dikejutkan Selasa lalu apabila menerima hidangan burger dengan roti berkulat, lapor Daily Mail Australia.
Rebecca Hantzis memuat naik gambar burger tersebut ke laman Facebooknya dengan kapsyen ‘Cipta menu McDonald’s anda sendiri dengan hidangan sampingan kulat. Ini sungguh menjijikkan.’
Create your own McDonald's with a side of mould. How disgusting is this... And I actually got it served to me- Greenacre McDonalds
Posted by Rebecca Hantzis on Tuesday, January 5, 2016
Hantzis dilihat melepas geram di akaun Facebooknya kerana menemukan tompok hijau kebiruan di permukaan roti burger gourmet yang dibeli di McDonald’s cawangan Greenacre.
Apa yang menghairankan, gambar tersebut menunjukkan label yang sempat dicucuk di permukaan roti burger walaupun jelas kulat kelihatan.
“Apabila saya nampak kulat itu, teman lelaki saya ambil gambar dan pulangkan semula burger ke kaunter,” ujar Hantzis.
“Kami tak terima apa-apa permohonan maaf pun, mereka cuma buat burger yang baru. Tapi ada satu lagi burger yang siap untuk dihidangkan di kaunter yang juga berkulat. Memang menjijikkan.”
McDonald’s Australia dalam satu kenyataan media menegaskan mereka sedang menyiasat isu berkenaan dan akan memberi respon kepada aduan Hantzis dalam masa 10 hari.
“McDonald’s mengambil serius soal kualiti makanan dan isu seperti ini sangat jarang berlaku. Kami kecewa perkara ini berlaku dan sedang menyiasat restoran tersebut,” ujar seorang jurucakap restoran makanan segera itu.
Topic Berkaitan
#Australia
#burger
#Kini Trending
#Mcdonald's
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan