awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DPMM FC mulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
Bekas PM Jepun Yoshihide Suga bersara, mahu beri laluan kepada pemimpin muda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanda tanya terjawab, anak sahkan Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah

Gempak
Gempak
17/01/2026
21:00 MYT
Tanda tanya terjawab, anak sahkan Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah
Nadia Kesuma meninggal dunia disebabkan sakit jantung dan telah dibawa ke hospital pada hari yang sama dia tiba di Lapangan Terbang Jeddah. - Foto Gempak
TANDA tanya mengenai kehilangan pelakon Nadia Kesuma sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah terungkai apabila wanita itu dilaporkan sudah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.
Perkara itu disahkan anak perempuannya, menerusi Threads sebentar tadi apabila memaklumkan yang ibunya meninggal akibat sakit jantung.
“Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15 Januari lalu (Khamis) kira-kira pukul 8.05 pagi.
“Terima kasih kepada kalian yang tidak berhenti menitipkan doa buat mama. Mohon doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, diampunkan segala dosanya dan dirahmati Allah.
“Arwah meninggal disebabkan sakit jantung dan kemudiannya telah dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di Lapangan Terbang Jeddah.
“Tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehinggalah malam ini pada pukul 11.10 malam. Berita tersebut disampaikan oleh agensi pelancongan itu sendiri,” tulisnya.
Perkara itu turut disahkan suami arwah Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah dan sahabat baiknya pelakon Anne Abdullah menerusi media sosial masing-masing.
Terdahulu, Nadia Kesuma atau nama sebenarnya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 49, yang membintangi filem Syaitan Munafik dan Kudeta dilaporkan hilang tanpa dapat dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Rabu lalu.
Nadia antara 21 peserta yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah bersama sebuah agensi pelancongan bermula dari 14 hingga 28 Januari ini.
View this post on Instagram
A post shared by Anne Abdullah (@_anneabdullah08official)
Topic Berkaitan
#Nadia Kesuma
#pelakon hilang di Jeddah
#pelakon meninggal dunia di Jeddah
#umrah
#sakit jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan