awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DPMM FC mulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
Bekas PM Jepun Yoshihide Suga bersara, mahu beri laluan kepada pemimpin muda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja tahan 75 suspek penipuan dalam talian semasa serbuan terbaharu

Bernama
Bernama
17/01/2026
20:45 MYT
Kemboja tahan 75 suspek penipuan dalam talian semasa serbuan terbaharu
Semua suspek ditahan pada Jumaat dalam serbuan ke atas sebuah hotel dan sebuah rumah tumpangan di Phnom Penh kerana disyaki menjalankan aktiviti penipuan dalam talian dan tinggal di negara itu secara haram. - Foto hiasan
PHNOM PENH: Kemboja menahan seramai 75 suspek penipuan dalam talian menerusi operasi terbaharu membanteras jenayah siber, menurut Jawatankuasa Ad-Hoc bagi Memerangi Penipuan Dalam Talian pada Sabtu, lapor Xinhua.
Menurut satu kenyataan akhbar jawatankuasa itu, kesemua mereka ditahan pada Jumaat dalam serbuan ke atas sebuah hotel dan sebuah rumah tumpangan di ibu negara, Phnom Penh kerana disyaki menjalankan aktiviti penipuan dalam talian dan tinggal di negara itu secara haram.
Pihak berkuasa Kemboja akan mengambil tindakan undang-undang yang paling tegas terhadap semua dalang yang terlibat dalam jenayah siber berkenaan tanpa sebarang pengecualian.
Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dalam satu mesej khas pada Selasa berkata, usaha memerangi penipuan siber merupakan antara tugas utama kerajaan pada masa ini bagi menjamin kehidupan rakyat yang aman.
Beliau berkata kerajaan mengambil kira bahaya jenayah siber kepada masyarakat dan telah mengambil beberapa langkah terhadap jenayah itu dan mencapai banyak keputusan positif.
Hun Manet turut menyeru pihak berkuasa di semua peringkat serta rakyat daripada segenap lapisan masyarakat untuk berganding bahu bagi menghapuskan penipuan dalam talian dan memulihkan imej Kemboja di peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kemboja
#penipuan dalam talian
#Phnom Penh
#jenayah siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan