awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut

Sinar Harian
Sinar Harian
28/03/2024
08:18 MYT
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Ancaman itu berlaku ketika Francesca Albanese dipertanggungjawabkan untuk melaporkan tentang situasi hak asasi manusia di Tebing Barat dan Gaza. - Foto Reuters
GAZA: Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Ancaman itu berlaku ketika Francesca Albanese dipertanggungjawabkan untuk melaporkan tentang situasi hak asasi manusia di Tebing Barat dan Gaza.
Laporan bertajuk Anatomi Genosid yang disediakan beliau dan ditolak rejim Tel Aviv bagaimanapun telah dihantar kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Selasa.
“Bentuk tekanan seperti itu tidak mengubah komitmen saya untuk melengkapkan laporan tersebut. Ia adalah waktu yang sukar. Saya diugut sejak dari awal diberi mandat tersebut,” ujarnya yang tidak memberikan butiran lanjut tentang bentuk ugutan yang diterimanya.
Kandungan laporan beliau menyebut Israel telah melanggar tiga daripada lima akta di bawah Konvensyen Genosid Antarabangsa selain memberi amaran tentang skala kemusnahan di Gaza membuktikan rancangan jahat rejim Zionis mahu menghapuskan populasi Palestin.
Menurut Albanese, kepimpinan eksekutif dan tentera Israel sengaja menukar 'fungsi perlindungan' mereka untuk membenarkan keganasan genosid ke atas penduduk Palestin.
“Satu-satunya kesimpulan munasabah adalah dasar Israel bermatlamat menyasarkan penduduk Gaza,” jelas kandungan laporan itu lagi. - Agensi
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pelapor Khas PBB
#Francesca Albanese
#genosid
#terima ugutan
#perang Palestin Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan