awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelarian dari Nagorno-Karabakh ke Armenia meningkat hampir 30,000

Bernama
Bernama
27/09/2023
04:01 MYT
Pelarian dari Nagorno-Karabakh ke Armenia meningkat hampir 30,000
Pelarian dari wilayah Nagorno-Karabakh tiba di perkampungan sempadan Kornidzor, Armenia. - Gambar fail/ Reuters
YEREVAN: Jumlah penduduk yang melarikan diri dari Nagorno-Karabakh ke Armenia selepas Azerbaijan melancarkan operasi ketenteraan di wilayah itu telah meningkat kepada 28,120 orang, menurut kerajaan Armenia pada Selasa.
"Sehingga 26 September, 8:00 malam (waktu tempatan, 18:00 GMT), 28,120 orang telah memasuki Armenia dari Nagorno-Karabakh. Daripada jumlah ini, maklumat pendaftaran untuk 20,800 telah dipermudahkan, dan penilaian keperluan sebanyak 7,320 masih dalam proses," menurut kerajaan dalam satu kenyataan menerusi laman sesawangnya.
Pihak berkuasa turut menyediakan penginapan kepada mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal, dan seramai 3,253 orang telah ditempatkan, menurut kenyataan itu.
Pada 19 September, Azerbaijan melancarkan "aktiviti antipengganas peringkat tempatan" di Nagorno-Karabakh bertujuan untuk "memulihkan ketertiban perlembagaan."
Media kerajaan Armenia melaporkan beberapa kematian membabitkan orang awam akibat serangan Azerbaijan.
Kementerian Pertahanan Rusia kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa Azerbaijan dan wakil penduduk Armenia di Nagorno-Karabakh telah bersetuju untuk menghentikan sepenuhnya pertikaian melalui pengantaraan pasukan pengaman Rusia.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#Armenia
#Azerbaijan
#Nagorno-Karabakh
#pelarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan