awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain bola sepak Panama terbunuh dalam tembakan rambang

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2023
01:20 MYT
Pemain bola sepak Panama terbunuh dalam tembakan rambang
Pemain pertahanan Gilberto Hernndez merupakan anggota kedua pasukan kebangsaan yang terbunuh di Colon sejak enam tahun lalu. - Foto Twitter/Thomas Christiansen
COLON: Seorang ahli pasukan bola sepak kebangsaan Panama terbunuh selepas terkena tembakan oleh seorang lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan ke arah sekumpulan orang awam di bandar pelabuhan Colon.
Pihak berkuasa mengumumkan ia telah menahan seorang suspek pada Isnin.
Pemain pertahanan Gilberto Hernández, 26, merupakan anggota kedua pasukan kebangsaan yang terbunuh di Colon sejak enam tahun lalu.
Hernández bersama rakan-rakan pada Ahad berada di sepanjang jalan di tengah Colon apabila penyerang yang berada di dalam teksi melepaskan tembakan.
Kejadian turut menyebabkan tujuh yang lain cedera.
Colon terletak 80 kilometer di utara Panama City, yang merupakan bandar pelabuhan keluar masuk kapal dari Laut Caribbean melalui Terusan Panama.
Wilayah Colon di Panama, dengan populasi kira-kira 300,000, merekodkan 102 pembunuhan pada tahun lepas.
Sebelum ini pada 2017, pemain tengah Amílcar Henríquez, ahli pasukan kebangsaan Panama yang layak ke Piala Dunia 2018, ditembak mati di wilayah Colon.
Topic Berkaitan
#Gilberto Hern ndez
#tembakan rambang
#skuad kebangsaan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan