Dalam keghairahan melayari permainan maya Pokemon Go, warga tempatan yang dikenali sebagai Azmi Suarez dikejutkan dengan satu mayat yang terapung berhampiran Jeti Woodlands dekat sini pada Ahad.
Gambar mayat yang terapung dalam keadaan tertiarap itu kemudian dimuat naik azmi di laman Facebook sejurus melihat mayat tersebut.
Dalam kejadian pagi Ahad itu, Azmi sedang asyik bermain dengan aplikasi yang baharu diperkenalkan di Singapura dua hari lalu apabila ternampak mayat dalam keadaan terlingkup.
Beliau memuat naik beberapa keping gambar di laman sosial Facebook peribadinya menggambarkan situasi di lokasi dekat Woodlands.
Sekeping foto turut menunjukkan beberapa Anggota Pertahanan Sivil Singapura (SCDF) dan orang awam turut dilihat berlegar-legar di kawasan jeti itu.
Seorang warga Singapura yang hanya dikenali sebagai Lee, mendakwa ternampak mayat yang terapung itu sewaktu sedang berbasikal di kawasan tersebut sekitar jam 9.30 pagi.
Menurut Lee, mangsa berkemungkinan seorang perempuan yang berusia dalam linkungan 30an.
Lee turut menjadi saksi skuad penyelam membawa keluar mayat dari kolam.
Jurucakap SCDF dipetik berkata, pihaknya mendapat panggilan sekitar jam 9.45 pagi berhubung penemuan mayat dalam keadaan terapung di Jeti Woodlands Waterfront.
“Ketika kami sampai di lokasi, skuad SCDF sedang mengeluarkan mayat secara manual.
“Mangsa diumumkan meninggal dunia oleh pihak perubatan,” katanya dipetik sebagai berkata.
Agensi
Mon Aug 08 2016
Anggota pasukan SCDF kelihatan berhampiran Jeti Woodlands Waterfront di Singapura pada pagi Ahad. - Sumber foto Azmi Suarez
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pemain Pokemon Go temui mayat terapung di jeti Woodlands
Warga Singapura, Azmi Suarez sedang leka bermain Pokemon GO apabila beliau menjumpai mayat dalam keadaan terapung berhampiran taman di Jeti Woodlands Waterfront di sini.