Seorang pemandu bas di Jiangshan, China bertindak pantas untuk menghentikan bas yang dipandu selepas sebatang tiang lampu merempuh cermin depan bas berkenaan.

Tiang lampu itu tumbang selepas dilanggar oleh salah sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan di jalan bertentangan di lebuh raya berkenaan.

Pemandunya, Mao Zhihao sempat mengelak tiang yang melintasi hanya beberapa inci di atas kepalanya.

Walaupun mengalami kecederaan di perut Zhihao, masih berjaya mengawal bas dengan 26 penumpang itu sehingga ia berhenti.

Dia juga sempat mencari telefon bimbitnya untuk menghubungi polis dan mengarahkan penumpang untuk turun.