awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu Uber di AS ditahan tembak mati penumpang

Reuters
Reuters
02/06/2018
03:23 MYT
Pemandu Uber di AS ditahan tembak mati penumpang
Hancock dilaporkan menemui seorang saksi di tepi lebuh raya dan memberitahunya dia telah menembak seorang penumpang yang cuba menyerangnya. REUTERS
Seorang pemandu Uber dengan perkhidmatan perkongsian ditangkap pada Jumaat di Denver, Amerika Syarikat, selepas disyaki terlibat dengan pembunuhan peringkat pertama.
Ia selepas pihak polis di sana mendakwa Michael Andre Hancock menembak seorang penumpang dikenal pasti sebagai Hyun Kim di dalam kenderaannya.
Hancock didakwa melakukan kesalahan tersebut pada awal pagi selepas berlaku perbalahan di antara mereka berdua dan mangsa meninggal dunia di hospital.
Ketika ditahan, polis menemui sepucuk pistol separa automatik beserta 10 peluru kartrij di sisi lebuh raya.
Namun setakat ini pihak polis tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penangkapan itu dan Hancock masih belum didakwa.
Menurut seorang saksi, sebelum itu Hancock datang menemuinya di sisi lebuh raya dan memberitahu bahawa dia telah menembak seorang penumpang yang cuba menyerangnya.
Menurut kenyataan Uber, kejadian tersebut mendatangkan masalah kepada syarikat tersebut yang sebelum ini pernah dikritik hebat kerana didakwa tidak menjalankan pemeriksaan terhadap pemandu.
Pada November lepas, Suruhanjaya Kemudahan Awam Colorado mendenda syarikat Uber AS$8.9 juta dollar kerana didakwa membenarkan 57 pemandu yang tidak mempunyai lesen yang sah memandu kenderaannya.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Denver
#denver county
#hyun kim
#lesen memandu
#Michael Andre Hancock
#Pembunuhan
#penumpang
#polis
#serang
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan