awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangkang Korea Selatan rancang undi usul pemecatan Presiden pada Sabtu

Bernama
Bernama
05/12/2024
10:25 MYT
Pembangkang Korea Selatan rancang undi usul pemecatan Presiden pada Sabtu
Parti pembangkang di Korea Selatan memaklumkan mereka akan mengundi usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol. - Gambar/ Reuters
ANKARA: Parti pembangkang di Korea Selatan pada Khamis memaklumkan bahawa mereka akan mengundi usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Sabtu susulan kegagalannya dalam cubaan melaksanakan undang-undang tentera, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan.
Parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) bersama lima parti pembangkang lain mengemukakan usul itu pada Rabu, yang kemudiannya dibentangkan di Perhimpunan Kebangsaan pada Khamis.
Timbalan jurucakap DP Cho Seung-rae berkata pihaknya merancang untuk mengadakan undian mengenai usul itu pada petang Sabtu bagi memberi masa mencukupi kepada ahli parlimen parti pemerintah untuk membincangkan keputusan mereka berhubung tindakan Yoon, menurut agensi berita Yonhap.
Majoriti dua pertiga diperlukan untuk meluluskan usul itu yang memerlukan sokongan daripada sekurang-kurangnya lapan ahli parlimen parti pemerintah, People Power Party (PPP).
Bagaimanapun, PPP pada Rabu menyatakan mereka akan menentang usaha pembangkang untuk memecat Yoon.
Pada Khamis, Perhimpunan Kebangsaan turut meluluskan usul pemecatan terhadap ketua juruaudit negara dan tiga pendakwa raya kanan berhubung peranan mereka dalam siasatan berkaitan pemindahan pejabat presiden dan Wanita Pertama Kim Keon Hee.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#undang-undang tentera
#Presiden Yoon Suk Yeol
#undi pecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan