awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembebasan tahanan Palestin bertukar pahit, dihalau ke negara ketiga

Agensi
Agensi
15/10/2025
02:20 MYT
Pembebasan tahanan Palestin bertukar pahit, dihalau ke negara ketiga
Banduan Palestin yang dibebaskan tiba di Semenanjung Gaza selepas dilepaskan dari penjara Israel di bawah perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel, di Khan Younis, pada 13 Okt 2025. - Gambar AP
GAZA: Pembebasan tahanan Palestin oleh Israel di bawah perjanjian pertukaran tawanan diselubungi rasa pahit apabila ramai antara mereka diarahkan meninggalkan tanah air dan dihantar ke negara ketiga.
Menurut Pejabat Media Tahanan Palestin, seramai 154 tahanan yang dibebaskan pada Isnin terpaksa dibuang negeri oleh Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran dengan Hamas dan kumpulan Palestin lain, yang turut menyaksikan 20 tebusan Israel dibebaskan di Gaza.
Kesemua mereka termasuk dalam kumpulan 250 tahanan Palestin yang dibebaskan bersama kira-kira 1,700 rakyat Palestin dari Gaza yang ditahan sepanjang dua tahun peperangan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menyifatkan ramai antara mereka sebagai telah “hilang secara paksa.”
Buat masa ini, masih belum jelas negara mana yang akan menerima mereka, namun dalam pembebasan terdahulu pada Januari lalu, puluhan tahanan telah dihantar ke Tunisia, Algeria dan Turkiye.
Pemerhati menyifatkan tindakan Israel itu melanggar hak kewarganegaraan tahanan Palestin dan menggambarkan sikap “double standard” dalam perjanjian pertukaran tersebut.
Pensyarah Dasar Awam di Doha Institute for Graduate Studies, Dr Tamer Qarmout berkata, pengusiran itu bersifat tidak berperikemanusiaan.
“Ini tindakan yang menyalahi undang-undang kerana mereka warganegara Palestin dan tidak memiliki kewarganegaraan lain.
"Mereka dibebaskan dari penjara kecil, hanya untuk dihantar ke penjara yang lebih besar - jauh dari keluarga dan masyarakat mereka,” katanya kepada Al Jazeera.
Di Ramallah, keluarga kepada tahanan Muhammad Imran terkejut apabila dimaklumkan, dia antara yang akan diusir, walaupun sebelum ini diberitahu dia akan dibebaskan di rumah sendiri.
“Kami terkejut, tapi masih menunggu. Yang penting dia bebas, walau di mana pun,” kata abangnya, Raed Imran.
Namun, bagi banyak keluarga, pengusiran ini bermakna mereka mungkin tidak akan berpeluang bertemu semula dengan insan tersayang kerana Israel masih mengawal sempadan dan pergerakan keluar masuk wilayah Palestin.
Qarmout menyifatkan langkah Israel itu sebagai strategi untuk menghapuskan pengaruh politik tahanan yang dibebaskan serta menghukum secara kolektif keluarga mereka.
“Pembuangan negeri ini bermakna pengakhiran masa depan politik mereka. Ia juga memberi kelebihan kepada Israel kerana tahanan Israel yang dibebaskan boleh kembali ke rumah mereka yang merupakan satu lagi contoh hipokrasi yang ketara,” katanya. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#tahanan Palestin
#dihalau ke negara ketiga
#Israel
#tebusan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan