awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembunuhan wartawan di Gaza melebihi mana-mana perang dalam puluhan tahun - UNESCO

Bernama
Bernama
02/11/2024
23:15 MYT
Pembunuhan wartawan di Gaza melebihi mana-mana perang dalam puluhan tahun - UNESCO
85 peratus kes pembunuhan wartawan yang didokumentasikan oleh UNESCO sejak 2006 masih belum diselesaikan. - Foto fail/REUTERS
AMMAN: Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Sabtu menyatakan bahawa sebahagian besar jenayah pembunuhan wartawan di dunia tidak dihukum, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Dalam laporan bersempena Hari Antarabangsa untuk Menamatkan Kekebalan bagi Jenayah terhadap Wartawan, Ketua Pengarah UNESCO Audrey Azoulay berkata pada 2022 dan 2023, seorang wartawan dibunuh setiap empat hari hanya kerana menjalankan tugas penting mereka dalam mencari kebenaran, sambil menambah bahawa dalam kebanyakan kes, tiada sesiapa yang akan dipertanggungjawabkan atas pembunuhan itu.
Beliau menyatakan bahawa 85 peratus kes pembunuhan wartawan yang didokumentasikan oleh UNESCO sejak 2006 masih belum diselesaikan, dengan Palestin mencatatkan jumlah tertinggi pembunuhan wartawan pada 2023.
Dalam mesej sempena acara itu, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menekankan kadar yang membimbangkan pembunuhan wartawan di zon konflik dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya di Gaza, yang mencatatkan jumlah pembunuhan wartawan dan pekerja media tertinggi dalam mana-mana perang dalam puluhan tahun.
Guterres menegaskan bahawa Pakatan untuk Masa Depan, yang diterima pakai pada September, menyeru untuk menghormati dan melindungi wartawan, profesional media dan kakitangan yang berkaitan yang bekerja dalam situasi konflik bersenjata.
Beliau menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk melindungi wartawan serta menyiasat jenayah yang dilakukan terhadap mereka dan mendakwa pelaku di mana-mana sahaja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Unesco
#pembunuhan wartawan
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan