awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF

Bernama
Bernama
07/02/2026
11:30 MYT
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
UNICEF memberi amaran bahawa "jutaan kanak-kanak di Sudan memerlukan bantuan menyelamatkan nyawa, perlindungan serta pemulihan perkhidmatan asas". - Gambar/ Reuters
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari, kebanyakannya di wilayah Kordofan dan Darfur di barat Sudan, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.
Kematian itu dinyatakan dalam satu laporan yang diterbitkan oleh agensi kanak-kanak PBB berkenaan yang meneliti situasi kanak-kanak di seluruh rantau itu, termasuk Sudan.
Agensi berkenaan memberi amaran bahawa "jutaan kanak-kanak di Sudan memerlukan bantuan menyelamatkan nyawa, perlindungan serta pemulihan perkhidmatan asas" ketika pertempuran terus memusnahkan sebahagian besar negara itu.
UNICEF memaklumkan bahawa kebuluran telah disahkan di Al Fasher di Darfur Utara serta di Kadugli di Kordofan, dengan hampir 20 kawasan lain berisiko mengalami nasib yang sama.
Daripada 18 negeri di Sudan, Pasukan Separa Tentera Rapid Support Forces (RSF) menguasai kesemua lima negeri di wilayah Darfur di barat Sudan kecuali beberapa bahagian Darfur Utara yang masih berada di bawah kawalan tentera.
Tentera Sudan pula menguasai kebanyakan kawasan daripada baki 13 negeri di selatan, utara, timur dan tengah negara itu, termasuk ibu negara, Khartoum.
Konflik antara tentera Sudan dan RSF tercetus pada April 2023 dan telah mengorbankan ribuan nyawa serta menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sudan
#perang saudara
#kebuluran
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan