SINGAPURA: Singapura bakal mewajibkan semua pemegang pas kerja dan pas pelajar lengkap vaksin COVID-19 sebelum tiba di republik ini, bermula 1 November 2021, menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF).
Pasukan Petugas mengenai COVID-19 itu memaklumkan langkah berkenaan bagi membolehkan pekerja dan pelajar memasuki sempadan Singapura dengan selamat sambil meminimumkan risiko kesihatan awam.
Pengarah perkhidmatan perubatan Singapura Kenneth Mak berkata pada masa ini Singapura mengiktiraf individu yang lengkap divaksin dengan vaksin yang tersenarai dalam senarai penggunaan kecemasan (EUL) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Selain itu, ia termasuk vaksin yang kami iktiraf di Singapura," katanya pada sidang media maya MTF pada Sabtu.
Keperluan vaksinasi merangkumi tanggungan pemegang pas kerja dan pemegang pas kerja "in-principle approval" dengan sejarah perjalanan ke negara atau wilayah berisiko di bawah Kategori I dan II.
Bagaimanapun, langkah itu tidak tertakluk kepada mereka yang mendaftar di bawah Periodic Commuting Arrangement (PCA).
Ia hanya membabitkan mereka yang ingin memasuki Singapura melalui Work Pass Holder General Lane dan Student' Pass Holder Lane.
Menurut MTF republik itu juga akan membuka semula permohonan kelulusan kemasukan untuk Pembantu Rumah Migran (MDW), pemegang S Pass dan permit izin kerja dari sektor Pembinaan, Marin dan Proses (CMP), dari negara atau wilayah berisiko tinggi - Kategori III dan IV - untuk memasuki Singapura.
Malaysia satu daripada negara di bawah Kategori IV.
Namun, ia berdasarkan syarat mereka telah lengkap divaksin sebelum ketibaan dan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke Bangladesh, India, Myanmar, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka.
Kumpulan ini boleh mula mengemukakan permohon mulai 15 Oktober 2021.
Menurut MTF kelulusan masuk adalah terhad memandangkan keadaan COVID-19 tempatan dan global masih menular dan perlunya untuk meminimumkan risiko kes import.
Tempoh menunggu kira-kira tiga hingga enam bulan sebelum mereka dapat memasuki Singapura.
Untuk pemegang Pas Pelajar, menurut MTF syarat vaksinasi tidak tertakluk kepada mereka yang berumur di bawah 18 tahun semasa ketibaan.
Individu yang tidak divaksin berusia antara 12 dan di bawah 18 tahun dibenarkan masuk ke Singapura tanpa bukti vaksinasi, dengan syarat mereka perlu mendapatkan vaksin COVID-19 yang lengkap dalam masa dua bulan selepas ketibaan.
Pemegang pas yang tidak divaksin atas sebab perubatan pula boleh memohon pengecualian dengan mengemukakan permohonan disertakan surat sokongan doktor.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 02 2021
Langkah berkenaan bagi membolehkan pekerja dan pelajar memasuki sempadan Singapura dengan selamat sambil meminimumkan risiko kesihatan awam. - Gambar fail/Reuters
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Ringgit lebih rendah daripada dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.
Kerajaan buat keputusan kekal perjanjian air sedia ada dengan Singapura
Kerajaan memutuskan untuk kekal dengan perjanjian sedia ada yang termaktub dalam Perjanjian Air 1962 dan sebarang perubahan terhadap kadar jualan air mentah kepada Singapura.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025.
Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024
Pemasangan sistem rel untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.