awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilu 2024: Debat Capres bantu pasukan kempen mantapkan strategi - Indonesia Indicator

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
06/02/2024
15:22 MYT
Pemilu 2024: Debat Capres bantu pasukan kempen mantapkan strategi - Indonesia Indicator
Fanny berkata pentas debat calon presiden membantu pasukan kempen memperkemas strategi dekati pengundi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Siri debat Calon Presiden (Capres) dan Calon Wakil Presiden (Cawapres) yang dianjurkan pada hakikatnya tidak terlalu membantu calon-calon meraih undi.
Sebaliknya, Ketua Jabatan Penyelidikan Indonesia Indicator, Fanny Chaniago berkata, pentas tersebut lebih banyak membantu pasukan kempen calon masing-masing untuk memperkemas strategi kempen di lapangan.
“Saya juga tidak menafikan, secara tinjauan lapangan pengundi sudah mengetahui bahawa tidak ada banyak manfaat jika mengubah sokongan kepada calon presiden yang bertanding, selepas keputusan telah dibuat lebih awal.
“Media sosial menjadi pembesar kepada isu-isu penting masyarakat yang tidak boleh dicerap di lapangan. Fungsinya adalah untuk membantu pasukan kempen di lapangan untuk menguatkan strategi masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Tambah Fanny, berdasarkan kepada pemerhatian di media sosial, bilangan pengguna yang bersikap neutral adalah lebih rendah berbanding pengguna yang sudah ada kecenderungan calon yang disokong.
Namun, selepas beberapa siri debat berlangsung, angka kelompok neutral itu semakin lama semakin menurun. Menurut Fanny, ini menunjukkan peningkatan bilangan pengguna media sosial yang sudah membuat keputusan mengenai calon yang disokong menjelang hari pengundian.
“Pada debat pertama pada Disember sehingga sebelum debat kelima (4 Februari), kita lihat ada perubahan. Pada bulan Disember, kumpulan yang neutral jumlahnya 35 peratus. Kemudian, angka itu semakin menurun dengan catatan akhir sebelum bermula debat kelima ialah 23 peratus,” ujarnya.
Agenda AWANI | Pemilu Indonesia 2024: Perang Media Sosial, Jangan Ribut!
Topic Berkaitan
#PEMILU 2024
#debat capres
#media sosial
#Pilpres
#pendukung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan