awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilu 2024: Megawati ancam pecat anggota buat gerakan politik

Astro Awani
Astro Awani
21/06/2022
16:28 MYT
Pemilu 2024: Megawati ancam pecat anggota buat gerakan politik
Megawati berkata, beliau mempunyai hak prerogatif untuk mencalonkan calon presiden dan naib presiden berdasarkan mandat Kongres Kelima. - Gambar/ IG @presidenmegawati
Ketua Umum Parti Demokratik Indonesia - Perjuangan (PDI-P) Megawati Soekarnoputri meminta semua barisan partinya tidak melakukan muslihat politik untuk pemilihan presiden 2024.
Presiden wanita Indonesia pertama itu juga juga mengancam untuk memecat anggotanya yang melakukan langkah sedemikian.
"Kamu yang buat gerakan, keluarlah! Sebab apa dalam PDI-P tak ada yang main dua kaki, main tiga kaki, buat manuver!," kata Megawati semasa Perhimpunan PDI-P Kebangsaan di Jakarta Selatan pada Selasa.
Presiden Republik Indonesia kelima itu menyatakan bahawa beliau mempunyai hak prerogatif untuk mencalonkan calon presiden dan naib presiden berdasarkan mandat Kongres Kelima.
Untuk itu, semua anggota parti, yang turut dianggotai Presiden Joko Widodo itu diminta patuh sementara menunggu mandat pencalonan presiden Megawati.
"Ingat, awak tahu! Lebih baik keluar, daripada saya pecat awak, awak tahu, saya pecat awak," tegasnya.
Pilihan Raya Presiden Indonesia hanya akan diadakan pada 2024, begitupun perebutan calon presiden daripada parti-parti dijangka hangat memandangkan Presiden Jokowi bakal tamat penggal perkhidmatannya.
Undang-undang Indonesia menetapkan Presiden hanya boleh berkhidmat selama dua penggal.
Topic Berkaitan
#PEMILU 2024
#PDI-P
#Indonesia
#Megawati Soekarnoputri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan