BEIJING: Presiden China Xi Jinping akan melawat Amerika Syarikat (AS) untuk menghadiri pertemuan pemimpin China-AS atas undangan pihak AS.
Pemimpin kedua-dua negara akan mengadakan perbincangan mendalam tentang hubungan dua hala dan isu-isu penting yang berkaitan dengan keamanan dan pembangunan dunia.
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning, dalam sidang media pada Isnin berkata China memandang dan mengendalikan hubungan dengan AS mengikuti tiga prinsip yang dianjurkan oleh Presiden Xi Jinping iaitu saling menghormati, wujud bersama secara damai dan sama menang.
"Persaingan antara kuasa besar tidak selari dengan arus sezaman dan tidak akan memberikan jawapan kepada masalah yang dihadapi oleh AS atau cabaran global.
"China tidak takut akan persaingan, tapi kami tidak bersetuju hubungan China-AS didefinasikan sebagai persaingan," kata Mao Ming.
Mao berkata AS seharusnya menghormati kebimbangan China dan hak pembangunan sah negara ini, sebaliknya bukan hanya menitikberatkan kebimbangan sendiri dan merosakkan kepentingan China.
"China tidak mengejar untuk mengubah AS dan AS pula tidak seharusnya mengejar untuk membentuk semula atau mengubah China," katanya.
Menyentuh mengenai isu Taiwan, Mao Ning berkata isu itu adalah urusan dalaman China dan pihak luar tidak wajar masuk campur.
Kerajaan AS sejak kebelakangan ini telah pun membuat komitemen jelas mengenai isu Taiwan dan pihak AS wajar mematuhi dasar 'satu China' dan tidak menyokong 'kemerdekaan Taiwan'.
Selain itu, Mao Ning mengulangi pendirian kerajaan China dalam isu Laut China Selatan dan China komited untuk menyelesaikan pertikaian dengan negara-negara berkaitan melalui rundingan dan perbincangan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Xi Jinping akan melawat Amerika Syarikat (AS) untuk menghadiri pertemuan pemimpin China-AS atas undangan pihak AS. - Gambar/ AP
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.