awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
Perry Bamonte, ahli The Cure, meninggal dunia pada usia 65 tahun
21 tahun Tsunami: Musibah menjadi berkah perdamaian kekal di Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin EU-ASEAN adakan sidang kemuncak sempena 45 tahun hubungan

Bernama
Bernama
14/12/2022
06:48 MYT
Pemimpin EU-ASEAN adakan sidang kemuncak sempena 45 tahun hubungan
Antara agenda perbincangan pada sidang kemuncak itu termasuk mengenai ekonomi, keselamatan makanan dan perubahan iklim. - Gambar fail
BRUSSELS: Pemimpin EU kini berada di Brussels pada Rabu untuk menghadiri sidang kemuncak dengan rakan sejawatan dari Asia Tenggara sempena 45 tahun hubungan dengan ASEAN, lapor dpa.
Antara agenda perbincangan pada sidang kemuncak itu termasuk mengenai ekonomi, keselamatan makanan dan perubahan iklim, memetik surat jemputan yang diterbitkan Presiden Majlis Eropah Charles Michel.
Selain itu, pemimpin kedua-dua pihak juga akan membincangkan situasi keselamatan di Asia Tenggara susulan ketegangan Amerika Syarikat-China mengenai Taiwan.
EU dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, kata seorang pegawai EU.
Perjanjian perjalanan udara juga dijangka ditandatangani antara EU dan ASEAN.
Undang-undang terbaharu yang mengharamkan seks luar nikah bermula 2025 yang diluluskan di Indonesia juga dijangka dibangkitkan pada sidang kemuncak itu.
ASEAN dianggotai 10 negara iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#ASEAN
#sidang kemuncak
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan