awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di masjid di Syria ragut 8 nyawa, 18 cedera
Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Dua maut, empat cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 tahun Tsunami: Musibah menjadi berkah perdamaian kekal di Aceh

Seth Akmal
Seth Akmal
27/12/2025
00:30 MYT
21 tahun Tsunami: Musibah menjadi berkah perdamaian kekal di Aceh
Seorang lelaki menangis sambil berdoa di kubur mangsa Tsunami Lautan Hindi 2004 sempena ulang tahun ke-21 bencana di Banda Aceh, Indonesia. - Gambar Reuters.
KUALA LUMPUR: "Mungkin Tsunami di satu sisi adalah bencana, namun, di satu sisi lain adalah sebuah keberkahan untuk menyelesaikan konflik,” kata Azhari Abdul Ghani ketika ditemui pada September lalu di Banda Aceh.
Beliau yang juga pengasas badan persatuan filem Aceh Documentary senada dengan masyarakat kebanyakan yang menganggap tragedi Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 adalah pemangkin kepada perdamaian antara wilayah Aceh dan Kerajaan Republik Indonesia.
Umum mengetahui bahawa wilayah Serambi Mekah itu melalui tempoh konfrontasi dengan kerajaan Pusat sejak 4 Disember 1976, apabila Hasan di Tiro mengisytiharkan kemerdekaan Aceh, sekali gus membawa kepada penubuhan Gerakan Aceh Merdeka (GAM) yang berhadapan dengan Tentera Nasional Indonesia (TNI).
Azhari berkata, konflik empat dekad itu menyebabkan pelbagai isu pelanggaran hak asasi manusia berlaku dan masyarakat awam turut menjadi korban akibat pertembungan antara kedua-dua pihak.
“Kita tidak tahu mungkin ada orang yang sedang disiksa dan kemudian dia berdoa, tuhan memakbulkan doanya dengan tragedi Tsunami agar penderitaannya berakhir semuanya,” kata Azhari.
Penyelaras Suruhanjaya Kes Kehilangan Paksa dan Mangsa Keganasan (KontraS), Azharul Husna berkata, data Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi (KKR) Aceh merekodkan lebih 6,000 testimoni berkaitan pelbagai pelanggaran hak asasi manusia melibatkan pembunuhan, penyeksaan dan penculikan.
Menurut Husna, tragedi Tsunami telah membuka gerbang antarabangsa untuk memberi bantuan kepada ratusan ribu mangsa dan 'mengintai' hal-hal yang terbungkam akibat konflik.
“Dapat dikatakan Tsunami adalah catalyst kepada perdamaian, saat itu organisasi antarabangsa melihat ada banyak persoalan mendesak terhadap pemerintah Indonesia untuk berbincang dalam hal penyelesaian konflik di Aceh,” katanya.
“Adakah kita masih nak bicara soal politik sedangkan ratusan ribu, ibu dan ayah kita semua telah hilang,” kata M. Nur Djuli
“Adakah kita masih nak bicara soal politik sedangkan ratusan ribu, ibu dan ayah kita semua telah hilang,” kata M. Nur Djuli
Bagi M. Nur Djuli, salah seorang perunding GAM di Helsinki berkata, usaha merintis jalan ke arah rundingan perdamaian sebenarnya telah bermula melalui beberapa peringkat sebelum tragedi itu berlaku.
Namun kerana Tsunami, menyebabkan semua pihak sama ada dari Aceh atau kerajaan Pusat terus bersiap untuk mempercepat proses perdamaian.
“Ketika peristiwa itu berlaku saya di Kuala Lumpur, saya segera menghubungi wakil GAM iaitu Malik Mahmud (Wali Nanggroe ke-9) di Sweden.
“Saya katakan ‘adakah kita masih nak bicara soal politik sedangkan ratusan ribu, ibu dan ayah kita semua telah hilang’ jadi tidak manusiawi…ketika Tsunami, apa pun, kita harus capai perdamaian,” katanya.
Hasil daripada perdamaian di Helsinki pada 15 Ogos 2005 iaitu setahun selepas tragedi Tsunami menyebabkan gencatan senjata kekal dapat dilaksanakan sehingga kini.
Namun paling penting, masyarakat Aceh dapat ‘bernafas’ kembali untuk meneroka sumber alamnya agar dapat dimanfaatkan untuk peluang ekonomi sama ada di peringkat domestik dan global.
Hamid Awaluddin (Kiri) dan Malik Mahmud berjabat tangan selepas menandatangani Perjanjian Helsinki yang dimediasi oleh bekas Presiden Finland, Martti Ahtisaari.
Hamid Awaluddin (Kiri) dan Malik Mahmud berjabat tangan selepas menandatangani Perjanjian Helsinki yang dimediasi oleh bekas Presiden Finland, Martti Ahtisaari.
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#tsunami
#Aceh
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan