awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di masjid di Syria ragut 8 nyawa, 18 cedera
Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Dua maut, empat cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perry Bamonte, ahli The Cure, meninggal dunia pada usia 65 tahun

Agensi
Agensi
27/12/2025
00:45 MYT
Perry Bamonte, ahli The Cure, meninggal dunia pada usia 65 tahun
Bamonte meninggal dunia selepas mengalami kesakitan singkat pada Hari Krismas.
PEMAIN keyboard dan gitar dalam kumpulan indie rock terkenal England, The Cure, Perry Bamonte dilaporkan meninggal dunia pada usia 65 tahun.
Kumpulan itu mengesahkan berita pemergian itu melalui laman web mereka pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan, The Cure memaklumkan, Bamonte meninggal dunia selepas mengalami kesakitan singkat pada Hari Krismas.
“Kami amat berdukacita mengesahkan pemergian sahabat dan rakan kumpulan kami, Perry Bamonte, yang meninggal dunia selepas sakit di rumah semasa Krismas,” menurut kenyataan itu, sambil menambah mendiang merupakan bahagian penting dalam kisah The Cure.
Bamonte menjadi ahli sepenuh masa The Cure sejak 1990, memainkan gitar, bass, dan keyboard serta tampil dalam lebih 400 persembahan.
Dilahirkan di London, England, pada 1960, Bamonte menyertai kru jelajah kumpulan itu pada 1984, bekerja bersama adiknya, Daryl, yang merupakan pengurus jelajah The Cure.
Beliau mula bekerja sebagai pembantu kepada pengasas dan vokalis utama, Robert Smith, sebelum menjadi ahli penuh selepas keyboardist Roger O’Donnell meninggalkan kumpulan pada 1990.
Album pertama Bamonte bersama The Cure ialah Wish pada 1992, dan beliau terus bekerjasama dalam tiga album seterusnya.
Selain kerjaya muzik, Bamonte turut muncul dalam beberapa filem termasuk Judge Dredd, About Time dan The Crow.
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#Perry Bamonte
#The Cure
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan