awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin FPI Indonesia Habib Rizieq dinamakan suspek kes pornografi

Agensi
Agensi
30/05/2017
01:17 MYT
Pemimpin FPI Indonesia Habib Rizieq dinamakan suspek kes pornografi
Habib (kanan) pemimpin dan pengasas Barisan Pembela Islam (FPI) sebelum ini pernah didakwa berhubung isu menghina Pancasila dan pemerintahan sekular republik itu.- REUTERS/Beawiharta/Files
Polis Indonesia pada Isnin menamakan Habib Rizieq, pemimpin dan pengasas Barisan Pembela Islam (FPI) sebagai suspek utama dalam satu kes pornografi.
Ia dilihat sebagai satu ancaman baharu kepada ulama itu yang sebelum ini lantang menganjurkan bantahan besar-besaran terhadap bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama.
Habib sebelum ini pernah didakwa berhubung isu menghina Pancasila dan pemerintahan sekular republik itu.
Ketegangan agama dan politik meningkat sejak enam bulan lalu apabila kumpulan dan pertubuhan Islam bersatu menentang Basuki yang kini dipenjarakan kerana menghina Al-Quran.
Habib didakwa melanggar undang-undang ketat berhubung pornografi apabila dikatakan bertukar-tukar mesej dan gambar bogel dengan seorang wanita.
Jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono mengesahkan Habib telah dinamakan sebagai suspek yang bermakna kes itu akan dikemukakan di mahkamah sedikit masa nanti.
“Jenayah utamanya adalah terbabit dan mengedar kandungan berunsur pornografi,” kata Yuwono dalam satu pesanan ringkas.
Peguam Habib, Sugitmo Atmo Pawiro, bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan berkata ia adalah fitnah semata-mata dari penyokong Purnama.
Habib ketika ini dilaporkan berada di luar negara.
Sementara jurucakap FPI berkata dakwaan itu ‘tidak berasas’.
“Tuduhan itu telah disengajakan untuk mencemar imej ulama,” kata Novel Bamukmin, ketua FPI cawangan Jakarta.
Habib pernah dipenjara pada tahun 2003 dan 2008 atas dakwaan keganasan dan mengganggu ketenteraman awam.
Topic Berkaitan
#Barisan Pembela Islam
#FPI
#Habib Rizieq
#Indonesia
#Islam
#Jakarta
#jenayah
#mahkamah
#polis
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan