Skip to main content

Politik

PRN: BN terbuka kekalkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 5 Jun -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan tinjauan mesra di Karnival Hari TVET Negara 2026 di perkarangan Dataran Putrajaya hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan tinjauan mesra di Karnival Hari TVET Negara 2026 di perkarangan Dataran Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi pilihan raya negeri (PRN) di Negeri Sembilan dan terbuka untuk meneruskan kerjasama bagi mengekalkan Kerajaan Perpaduan di negeri itu, kata Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata bagaimanapun menegaskan masih terlalu awal untuk mengadakan rundingan rasmi mengenainya.

“Kita bersedia menghadapi pilihan raya di Negeri Sembilan ini… tentunya kita sangat terbuka untuk terus mengekalkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan,” katanya selepas membuat lawatan ke tapak pameran Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026 di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, yang mempunyai 36 kerusi secara rasmi dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRN ke-16.

PRN ke-15 pada 2023 menyaksikan gabungan politik PH dan  BN membentuk kerajaan di Negeri Sembilan apabila menguasai 31 kerusi DUN.

Dalam pilihan raya itu, PH memenangi 17 kerusi diikuti BN dengan 14 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) pula lima kerusi.

Negeri Sembilan menjadi negeri kedua membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada PRN selepas Johor, yang berbuat demikian pada Isnin lepas.

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video

Advertisement