INTERNATIONAL
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilapor sihat walaupun hilang berat badan

Pemimpin itu dilapor dalam keadaan sihat dan 'sedang mengamalkan diet' sejak empat bulan lalu. - Reuters
SEOUL: Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) Korea Selatan mendedahkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, tidak mengalami sebarang masalah kesihatan walaupun hilang berat badan kira-kira 10-20 kilogram (kg) (22-44 paun) sejak beberapa bulan lalu.
Anggota jawatankuasa perisikan Parlimen Ha Tae-keung berkata, pemimpin itu dilapor dalam keadaan sihat dan "sedang mengamalkan diet" sejak empat bulan lalu, menurut Sputnik memetik agensi berita Yonhap pada Khamis.
"Baru-baru ini berat badan (Kim) turun kira-kira 10-20 kg dan masih mentadbir negara seperti biasa," kata Ha memetik taklimat NIS.
Rakyat Korea Utara menangis, Kim Jong-un susut berat badan
BACA: Akhbar Korea Selatan, The Chosun Ilbo, sebelum ini melaporkan Kim Jong Un, mempunyai ketinggian 170 sentimeter (5.5 kaki) dan berat badan 140 kg.
Media rasmi Korea Utara baru-baru ini mendedahkan, berat badan pemimpin itu susut kerana bekerja keras demi rakyat dan negara.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami