Pemimpin Parti Buruh Britain ancam adakan referendum kedua

Astro Awani
Januari 18, 2019 00:54 MYT
Jeremy Corbyn ketika berucap di Hastings, 17 Jan, 2019. REUTERS
Pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn tidak teragak-agak untuk mengadakan referendum kedua sekiranya Perdana Menteri Theresa May gagal menggariskan kemungkinan perjanjian Brexit tidak akan dilaksanakan dan terus menolak alternatif lain yang dikemukakan pembangkang.
Corbyn juga berkata beliau enggan mengadakan pertemuan dengan May sekiranya tiada kata putus daripada pihak perdana menteri berhubung perjanjian berkenaan.
"Beliau kelihatannya bersedia untuk membawa negara ini ke arah kemusnahan," kata Corbyn ketika berucap di bandar Hastings pada Khamis.
"Sekiranya kerajaan terus bersungguh-sungguh mempertahankan pendiriannya, sekiranya alternatif dikemukakan parti Buruh dihalang dan negara berdepan kemungkinan berada dalam bahaya akibat tiada perjanjian, tugas kami adalah untuk melihat kepada pilihan lain.. termasuk mengadakan pungutan suara," tambahnya.
Sebelum ini, selepas perjanjian Brexit terkandas di Parlimen Britain pada Selasa, dan May terselamat daripada usul undi tidak percaya pada Rabu, beliau berjanji untuk bertemu dengan setiap pemimpin dalam mencapai konsensus baharu mengenai perjanjian itu.
Selain itu, May juga menegaskan, kerajaan pentadbirannya tetap komited bagi menjayakan perjanjian Brexit serta menyeru agar setiap pemimpin mengenepikan kepentingan diri sendiri.
BACA: Saya kata 'stupid people', bukan 'stupid woman' - Corbyn
BACA: Ketua Pembangkang guna perkataan kesat dalam Parlimen Britain
Dalam perkembangan sama, Menteri Luar Jerman Heiko Maas turut menggesa kerajaan Britain untuk mencari penyelesaian sewajarnya berhubung isu perjanjian Brexit kerana masa semakin singkat.
Langkah Brexit oleh Britain, iaitu tindakan keluar dari Kesatuan Eropah (EU), dijadual berkuatkuasa 29 Mac ini.
BACA: Usul Brexit Theresa May tewas di Parlimen Britain
BACA: Theresa May selamat usul undi tidak percaya
Menerusi ucapannya di Berlin, Heiko mencadangkan agar ahli Parlimen dan penggubal undang-undang yang mengundi bagi mencapai kesepakatan dalam isu berkenaan supaya mendalami kepentingan perjanjian Brexit.
Selain itu, Menteri Ekonomi Jerman Peter Altmaier menjelaskan, EU akan melihat sebarang cadangan yang dikemukakan London dan inisiatif pihak mereka untuk menyegerakan perjanjian.
BACA: Usul Brexit gagal: Kepimpinan EU cabar Britain kemuka langkah jelas
BACA: Theresa May tangguh undi Brexit
#Brexit #Britain #British #EU #Heiko Maas #Jeremy Corbyn #Jerman #Kesatuan Eropah #kesepakatan #London #Menteri Ekonomi #Parlimen #perjanjian #Peter Altmaier #pungutan suara #Referendum #Theresa May #undang-undang