Skip to main content

Dunia

Pemimpin PBB sambut baik pengumuman rundingan damai AS-Iran

United Nations Secretary-General Antonio Guterres speaks during a press conference, following an escalation between Hezbollah and Israel amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Beirut, Lebanon, March 14, 2026. REUTERS/Mohamed Azakir
Guterres menyambut baik pengumuman Amerika Syarikat dan Iran bersetuju dengan perjanjian damai yang meliputi gencatan senjata serta-merta dan kekal, pembukaan semula Selat Hormuz serta rangka kerja untuk rundingan lanjut. - Gambar Reuters

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyambut baik pengumuman Amerika Syarikat (AS) dan Iran bersetuju dengan perjanjian damai yang meliputi gencatan senjata serta-merta dan kekal, pembukaan semula Selat Hormuz serta rangka kerja untuk rundingan lanjut, kata jurucakapnya pada Ahad.

"Ini mewakili langkah penting ke arah penyelesaian konflik secara aman," kata jurucakap Stephane Dujarric dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan itu, pemimpin PBB berkenaan menyatakan penghargaan atas peranan membina yang dimainkan oleh Pakistan, Qatar, Mesir, Arab Saudi, Türkiye dan negara serantau lain dalam membantu rundingan yang membawa kepada perjanjian damai.

"Setiausaha Agung berharap pihak terlibat akan memanfaatkan momentum baharu ini dan menggandakan usaha mereka ke arah penyelesaian muktamad konflik," tambahnya.

"Setiausaha Agung menegaskan semula bahawa PBB bersedia untuk menyokong pihak terlibat dalam mencapai keamanan yang berdaya tahan dan menyeluruh."

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement