WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan rakan sejawatnya dari Perancis Emmanuel Macron pada Khamis mengutuk sekeras-kerasnya ujian peluru berpandu balistik yang dilancarkan Korea Utara baru-baru ini, sambil menyifatkan ia sebagai ancaman kepada keamanan dan kestabilan serantau, lapor Agensi Berita Yonhap.
Para pemimpin itu juga bersetuju untuk terus menjalin kerjasama menerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi meminta Korea Utara bertanggungjawab, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan susulan sidang kemuncak dua hala mereka di Washington.
"Dua pemimpin itu juga mengutuk sekeras-kerasnya jumlah ujian peluru berpandu balistik yang dilancarkan Pyongyang, yang tidak pernah berlaku sebelum ini serta disifatkan melanggar pelbagai resolusi UNSC termasuk menimbulkan ancaman kepada keamanan dan kestabilan serantau.
Kedua pemimpin itu juga komited meneruskan penyelarasan di UNSC untuk menangani pelanggaran Korea Utara," menurut kenyataan itu.
Kecaman itu dibuat susulan siri ujian peluru berpandu Korea Utara baru-baru ini.
Pyongyang telah melancarkan 63 ujian peluru berpandu balistik tahun ini, termasuk lebih 30 peluru berpandu balistik dilancarkan sejak 25 September.
AS berusaha untuk mengenakan sekatan tambahan menerusi UNSC ke atas Korea Utara susulan provokasi peluru berpandunya termasuk 10 ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), tetapi China dan Rusia bertindak menggunakan kuasa veto menolak resolusi terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022

Ujian peluru berpandu balistik yang dilancarkan Pyongyang itu dikutuk sekeras-kerasnya kerana disifatkan melanggar pelbagai resolusi UNSC. - Gambar fail/AP

Inisiatif Menu Rahmah tidak libat perbelanjaan kerajaan - Salahuddin
Salahuddin berkata, ia adalah sepenuhnya komitmen peniaga yang secara sukarela menyertainya.

Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika orang ramai sedang menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan tersebut.

Pakar undang-undang antarabangsa, Prof Rothwell sampai syarahan ulung di USIM
Beliau berkunjung ke USIM dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bagi menyampaikan kuliah umum berjudul The Regime of Islands under International Law'

Michael Rechner isi posisi kontroversi Bayern Munich
Tindakan juara Bundesliga itu dikatakan berpunca daripada mengalami hubungan dinginnya dengan pengurus, Julian Nagelsmann.

Fenomena 'brain drain' masih boleh beri manfaat kepada negara - TPM Fadillah
Antara faktor berlakunya brain drain adalah kerana terdapatnya fasiliti dan sistem sokongan yang lengkap di negara lain.

Pendekatan 'merakyat' lonjak populariti Anwar di persada antarabangsa - Zambry
Pendekatan 'merakyat' Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan beliau dihormati dan sentiasa mendapat perhatian di persada antarabangsa.

TFC nafi Akhyar bakal berhijrah ke Terengganu
Menurut Ab Rasid, tiada sebarang perbincangan antara TFC dan JDT melibatkan pemain skuad kebangsaan kelahiran Kedah itu.

95 peratus Aduan Suri berjaya diselesaikan - Fuziah
Sebanyak 95 peratus daripada 909 aduan yang diterima menerusi kod QR Aduan Suri sejak bulan lepas berjaya diselesaikan dan diambil tindakan.

NCCIM gesa kerajaan pertimbang langkah alternatif berhubung kenaikan surcaj elektrik
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah dasar alternatif berikutan pengumuman kenaikan drastik surcaj tarif elektrik.

Gempa bumi Turkiye-Syria: UNESCO bimbang kerosakan pada tapak warisan
UNESCO mengambil berat mengenai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai "Warisan Dunia dalam Bahaya."

MH17: 'Petunjuk meyakinkan' Putin lulus bekalan peluru berpandu ke Ukraine - Penyiasat Belanda
Sistem peluru berpandu BUK-TELAR itu telah digunakan untuk menembak jatuh MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

AS umum bantuan pakej senjata baharu lebih AS$2 bilion untuk Ukraine
Bantuan itu termasuk senjata pertahanan udara dan dron, kenderaan infantri berperisai, peluru berpandu antikereta kebal dan peluru artileri.

Krisis Rusia-Ukraine: Pangsapuri dibedil, lima maut dan 39 cedera
Pasukan penyelamat menggunakan kren untuk cuba memindahkan penduduk yang terperangkap di tingkat atas bangunan pangsapuri itu.

Indonesia bakal miliki aset moden perkasakan sistem pertahanan udara
Republik itu menjadi negara ketiga di rantau ini yang memiliki pertahanan udara digeruni apabila mengoperasikan SRBM.

Korea Utara didakwa lancar SRBM ke Laut Timur
JCS berkata pihaknya mengesan satu peluru berpandu dilancarkan dari Ryongsong di Pyongyang pada 2.50 pagi yang merentasi kira-kira 400 kilometer sebelum ia jatuh ke laut.

Korea Utara lancar tiga peluru balistik jarak dekat ke Laut Timur
Korea Utara sebelum ini melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak dekat ke Laut Timur pada 23 Dis.

Rusia mahu tamatkan krisis di Ukraine secepat mungkin - Menteri Luar
Melindungi nyawa askar dan orang awam adalah keutamaan bagi Moscow, kata Lavrov.

Krisis Ukraine-Rusia: Bandar Kharkiv kembali bergelap
Bandar kedua terbesar Ukraine Kharkiv terputus bekalan eletrik selama beberapa jam selepas serangan terbaharu Rusia yang menyasarkan stesen janakuasa di seluruh negara itu.

Krisis Rusia-Ukraine: 60 peluru berpandu Rusia ditembah jatuh
60 daripada 76 peluru berpandu Rusia ditembak jatuh pada Jumaat oleh tentera udara Ukraine negara itu.

Pemimpin AS, Perancis kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara
Ujian peluru berpandu balistik yang dilancarkan Pyongyang itu dikutuk sekeras-kerasnya kerana disifatkan melanggar pelbagai resolusi UNSC.