PEMPENGARUH dari Turki, Burak Can Tas maut selepas terlibat dalam kemalangan tragik menjelang beberapa minggu sebelum hari perkahwinannya.

Kemalangan yang meragut nyawa lelaki berusia 23 tahun itu terjadi selepas Tas yang sedang menunggang motosikalnya melanggar seekor anjing yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.

Tas diketahui ramai merupakan seorang yang amat menggemari motosikal.

Bakal isterinya, Yaren Kara, mengesahkan kematian pemandu motosikal itu dalam kenyataan yang beremosi di Instagram.

"Saya bersyukur atas setiap hari yang saya lalui bersamamu, cintaku," tulisnya dalam hantaran yang menyentuh emosi.

"Hanya satu dan satu-satunya yang sangat saya rindukan. Semoga Tuhan memelihara kamu di sudut yang paling indah di syurga. Saya sangat sangat mencintaimu, teman hidupku."

Menurut media tempatan, tragedi itu berlaku awal bulan ini ketika Tas sedang menaiki motosikalnya di Aldana.

Berita pemergian Tas mendapat perhatian pengikut-pengikutnya selain turut mendapat liputan media antarabangsa.