KUALA LUMPUR: Pemulihan hijau daripada kesan pandemik COVID-19 di Asia Tenggara berpotensi mewujudkan peluang pelaburan tahunan bernilai AS$172 bilion (RM760.2 bilion) selain menjana lebih 30 juta pekerjaan menjelang 2030, menurut laporan Bank Pembangunan Asia (ADB).
Menurut kenyataan pada Rabu, ADB menjelaskan laporan terbaru itu mengenal pasti lima bidang yang menyokong pemulihan pasca-COVID-19 menerusi pembangunan lebih hijau.
Bidang itu adalah pertanian yang produktif dan boleh jana semula; lautan yang sihat dan produktif; model pembangunan dan pengangkutan bandar yang mampan; model ekonomi sirkular serta tenaga boleh baharu dan kecekapan, tambahnya.
Ketua Pengarah bagi Asia Tenggara ADB, Ramesh Subramaniam berkata, laporan ini menekankan keutamaan dasar utama untuk ekonomi di rantau ini yang boleh membantu memastikan aspirasi sosioekonomi dan alam sekitar dilaksanakan dalam usaha mereka untuk memulihkan ekonomi.
"Walaupun beberapa negara di rantau ini telah mula menyokong pemulihan hijau, banyak lagi yang perlu dilakukan.
"Kita perlu menggalakkan rangsangan hijau tambahan, mereka bentuk skim harga karbon, mengurangkan pergantungan kepada kuasa berintensifkan bahan api fosil selain menarik pelabur sektor swasta ke dalam projek tenaga boleh baharu berskala besar, pengangkutan mampan dan bandar yang bersih," katanya dalam kenyataan yang sama.
Menurut ADB pemulihan hijau daripada COVID-19 adalah penting untuk memastikan masa depan yang berdaya tahan dari segi ekonomi dan alam sekitar.
Tanpa tindakan bersepadu untuk menangani krisis alam sekitar akibat perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti, prospek pertumbuhan jangka panjang rantau ini boleh terhalang, jelasnya.
Ia menambah, pilihan dasar lain yang dikenal pasti dalam laporan itu termasuk mempergiat penyelidikan mengenai teknologi hijau, menggalakkan usahawan wanita untuk mengambil bahagian dalam peluang perniagaan hijau di samping menguruskan biodiversiti dengan lebih baik melalui sistem data terbuka dan bersepadu.
"Bagi melaksanakan pemulihan hijau, kerajaan-kerajaan Asia Tenggara juga perlu mengenal pasti sumber pembiayaan mampan yang akan membiayai pelaburan infrastruktur mesra iklim dan memanfaatkan peluang pertumbuhan hijau," menurutnya.
Menurut laporan itu, pendekatan pembiayaan perlu meliputi langkah menggerakkan sumber domestik melalui cukai alam sekitar dan karbon, mengurangkan subsidi untuk bahan api fosil, menggerakkan pelabur swasta dengan menangani risiko berkaitan pelaburan hijau, dan memanfaatkan kewangan awam dan swasta melalui dana hijau seperti Kemudahan Kewangan Hijau Mangkin ASEAN.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 06 2022
Bagi melaksanakan pemulihan hijau, kerajaan-kerajaan Asia Tenggara juga perlu mengenal pasti sumber pembiayaan mampan yang akan membiayai pelaburan infrastruktur mesra iklim dan memanfaatkan peluang pertumbuhan hijau. - Gambar hiasan
Empat orang maut, 19 rumah musnah akibat banjir
Hujan lebat dan banjir yang berterusan di Romania meragut sekurang-kurangnya empat nyawa penduduk sekaligus meranap 19 kampung di lapan daerah.
OIC kutuk tindakan israel sasar orang awam dan pekerja di sekolah UNRWA
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya jenayah pendudukan Israel yang menyasarkan pelarian dan pekerja di kemudahan yang bergabung dengan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), yang terbaru pengeboman Sekolah Al-Jaouni di kem Nuseirat, Semenanjung Gaza.
Angka korban terkini di Palestin meningkat 41,182
Angka kematian rakyat Palestin akibat diserang tentera Israel sejak 7 Oktober tahun lalu telah meningkat kepada 41,182 kematian, lapor pihak berkuasa kesihatan tempatan pada Sabtu.
Pendidikan, bahasa antara defisit sosial gugat perpaduan rakyat
Empat daripada 10 kategori defisit sosial dalam Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2022 termasuk pendidikan, bahasa, jurang generasi dan agama didapati menggugat pencapaian tahap perpaduan rakyat secara tidak langsung.
Malaysia main peranan penting penpengerusikan ASEAN 2025
Kishore Mahbubani berkata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang berpengalaman dan diiktiraf diperingkat global. Beliau turut berkata Anwar memahami situasi yang berlaku di persekitaran geopolitik semasa. Kishore turut beranggapan bahawa Anwar harus bekerja keras demi memastikan ASEAN kukuh dan bersatu.
Abdelmadjid Tebboune dipilih semula untuk penggal kedua sebagai Presiden Algeria
Majlis Perlembagaan Algeria pada Sabtu mengumumkan Abdelmadjid Tebboune telah dipilih semula sebagai presiden negara ini untuk penggal kedua dengan tempoh lima tahun.
ASEAN harus kukuh dan kuat depani persaingan geopolitik semasa
Semua negara anggota ASEAN harus mengiktiraf ASEAN sebagai aset yang berharga. Mereka harus memperkukuh dan menjadi kuat kerana ada ribut besar yang akan datang. Ribut besar itu bermaksud persaingan Amerika Syarikat dan China. Bagaimana cara terbaik ASEAN untuk melindungi diri daripada persaingan geopolitik ini? Itu yang dikongsikan oleh Kishore Mahbubani, Felo Kehormat di Institut Penyelidikan Asia, Universiti National Singapura (NUS).
OP Global: KPM sedia beri peluang mangsa eksploitasi peroleh pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) sedia memberi peluang pendidikan kepada sekitar 400 kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan rumah amal milik rangkaian sebuah syarikat yang berjaya diselamatkan dalam beberapa serbuan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Taufan Bebinca hampiri pulau-pulau di barat daya Jepun
Taufan Bebinca menghampiri wilayah kepulauan barat daya Jepun, Amami, pada Sabtu dengan agensi cuaca memberi amaran mengenai hujan lebat, angin kencang dan air pasang besar di kawasan berkenaan.
Angka korban di seluruh semenanjung Gaza meningkat kepada 41,182 orang, lebih 95,200 cedera
Pasukan tentera Israel melakukan empat pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 48 jam lepas.
Pemulihan hijau Asia Tenggara boleh wujudkan peluang pelaburan RM760 bilion setiap tahun
ADB menjelaskan laporan terbaru itu mengenal pasti lima bidang yang menyokong pemulihan pasca-COVID-19 menerusi pembangunan lebih hijau.