Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Oktober 2025.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dengan hukuman maksimum gantung sampai mati atau penjara sehingga 40 tahun dan sebatan jika tidak digantung.
Sebanyak 14 anggota dari BBP Ayer Hitam dan BBP Kluang bersama dua jentera FRT serta dua unit EMRS terlibat dalam operasi itu.
Kerajaan sedang mempertimbangkan dan memuktamadkan satu dasar baharu berkaitan sektor pertanian, sebagai tindak balas proaktif terhadap cabaran keterjaminan makanan yang semakin kompleks menerusi pendekatan bersepadu yang dipacu misi dan berteraskan bukti.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijadual tiba di Malaysia pada Ahad ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di ibu negara.
5. Gerakan sekolah selamat serah memorandum kepada Fadhlina, tuntut reformasi sistem pendidikan
5. Gerakan sekolah selamat serah memorandum kepada Fadhlina, tuntut reformasi sistem pendidikan
SSS menuntut tindakan segera dan reformasi sistem pendidikan, bukan sekadar janji, serta memberi tempoh 30 hari kepada Fadhlina untuk melaksanakan perubahan.
6. Lelaki maut, wanita cedera kenderaan dihempap pokok tumbang
6. Lelaki maut, wanita cedera kenderaan dihempap pokok tumbang
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas pokok tumbang menimpa kenderaan mereka dalam kejadian ribut serta hujan lebat di beberapa kawasan sekitar ibu negara, petang Rabu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan diskaun saman trafik sehingga 70 peratus bermula 1 November hingga 30 Disember 2025 sebagai langkah terakhir sebelum pelaksanaan kaedah baharu pembayaran saman bermula 2026.
Tiada bukti bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menggunakan pengaruhnya atau menjejakkan kaki ke cawangan AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur seperti yang dinyatakan dalam empat pertuduhan terhadap beliau, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi lebuh raya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan pelan pengurusan trafik komprehensif bagi memastikan kelancaran pergerakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 26 hingga 28 Okt ini.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menjalankan semakan mengenai gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami