RIO DE JANEIRO: Projek penghutanan semula di Brazil bertukar menjadi sumber ketenangan bagi keluarga yang kehilangan mangsa akibat wabak COVID-19.

Sebuah kebun di Rio de Janeiro dipenuhi dengan saudara mara mangsa COVID-19, dengan setiap daripada mereka akan menamam pokok-pokok sebagai menghormati insan yang telah pergi.

Meskipun aktiviti penanaman semula pokok itu disifatkan sebagai sumber ketenangan buat mereka, ia tetap menimbulkan emosi.

Bagi Maria Nice Pinheiro, suaminya merupakan salah seorang daripada ratusan ribu mangsa yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Tanaman tersebut yang memberikan dia rasa dekat dan lebih kuat untuk menempuhi kehidupan tanpa suaminya.

Sebagai rekod, lebih 585,000 disahkan meninggal dunia di Brazil akibat wabak COVID-19.

Dan majoriti keluarga mangsa tidak dapat bersua untuk kali terakhir susulan kawalan sekatan yang dilaksanakan.