awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencipta permainan Catan, Klaus Teuber meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
05/04/2023
23:45 MYT
Pencipta permainan Catan, Klaus Teuber meninggal dunia
Teuber meninggal dunia pada 1 April lalu akibat penyakit serius. - Foto AP
PENCIPTA permainan Catan, Klaus Teuber meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan ahli keluarga, Teuber meninggal dunia pada 1 April lalu akibat penyakit serius.
Lebih daripada 40 juta permainan Catan telah dijual seluruh dunia sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1995.
Ia turut telah diterjemahkan dalam lebih 40 bahasa.
Catan Studio dalam satu kenyataan menyifatkan mendiang sebagai "seorang manusia yang baik dan tidak mementingkan diri" selain "seorang pemimpin yang memberi inspirasi".
Syarikat itu turut menggesa peminat permainan itu untuk memperingati mendiang dengan "berbuat baik kepada orang lain selain menikmati permainan itu bersama mereka yang tersayang".
It is with profound sadness that we at CATAN Studio acknowledge the passing of Klaus Teuber, legendary game designer and creator of the beloved board game CATAN. Our hearts go out to Klaus' family during this incredibly difficult time. pic.twitter.com/gPPIVtleHJ
— CATAN - Official (@settlersofcatan) April 4, 2023
Permainan Catan, yang pada asalnya dikenali sebagai The Settlers of Catan, menyaksikan pemain berlawan untuk menawan sebuah pulau bernama Catan.
Pemain boleh berbuat demikian dengan membina perkampungan serta jalan raya menggunakan sumber yang dibeli untuk penguasai pulau tersebut.
Catan merupakan permainan kedua Teuber, yang pertama adalah Barbarossa yang diperkenalkan pada tahun 1988 namun tidak menjadi begitu popular seperti Catan.
Sebelum menjadi pencipta permainan, Teuber bekerja sebagai juruteknik pergigian.
Dalam satu temu bual bersama New Yorker pada tahun 2014, Teuber memberitahu dia "menghadapi pelbagai masalah" sebagai seorang juruteknik dan mencipta permainan untuk "menenangkan diri".
Topic Berkaitan
#Catan
#Klaus Teuber
#meninggal dunia
#The Settlers of Catan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan