DUNIA
Penduduk di sempadan Thailand-Kemboja lari berlindung ketika tembakan bertalu-talu kedengaran

Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran di sebuah kedai serbaneka di stesen minyak, di tengah-tengah pertempuran di antara Thailand dan Kemboja, di daerah Kantharalak, wilayah Sisaket, Thailand, pada 24 Julai 2025. -Foto Reuters
SISAKET/PREAH VIHEAR: Penduduk di sempadan Thailand dan Kemboja dilapor melarikan diri ke tempat perlindungan selepas pertempuran bersenjata tercetus berhampiran Kuil Ta Moan Thom dan kawasan pertikaian lain sejak awal pagi Khamis.
Ringkasan AI
- Penduduk di sempadan Thailand dan Kemboja melarikan diri ke tempat perlindungan selepas pertempuran tercetus berhampiran Kuil Ta Moan Thom dan kawasan pertikaian lain sejak awal pagi Khamis.
- Rakaman menunjukkan wanita dan kanak-kanak berlindung di terowong konkrit di Thailand, manakala penduduk Kemboja berpindah ke pagoda dan lokasi perlindungan sejauh 100 kilometer dari zon konflik.
- Lebih 40,000 penduduk Thailand telah dipindahkan dari 86 kampung, sementara Kemboja belum mengeluarkan angka rasmi tetapi laporan menunjukkan pemindahan besar-besaran turut berlaku.
“Kami melarikan diri… saya bimbang keselamatan anak-anak, saudara-mara, dan pasukan tentera yang bertempur,” katanya.
Dia berkata jiran-jirannya telah berlindung di sebuah pagoda berdekatan, namun dia memilih untuk kekal di rumah kerana tidak mahu meninggalkan harta benda miliknya.
Seorang lagi penduduk, Noun Hean, 40, yang bekerja sebagai pemandu tuk tuk, berkata dia telah membantu memindahkan penduduk ke lokasi perlindungan sejauh 100 kilometer dari kawasan konflik.
Di Thailand, Komsan Jaipeng dari daerah Phanom Dong Rak berkata dia melihat pelajar sekolah melarikan diri ketika pertempuran bermula.
“Saya sudah sediakan beg kecemasan sejak sebulan lalu. Ketua kampung kami ada buat kumpulan Line untuk sebar maklumat dan tunjukkan lokasi perlindungan,” katanya.
Setakat ini, pihak berkuasa Thailand telah memindahkan lebih 40,000 penduduk dari 86 kampung di wilayah Surin, Sisaket dan Ubon Ratchathani ke pusat perlindungan sementara.
Kemboja belum mengeluarkan angka rasmi pemindahan, namun laporan tempatan menunjukkan penduduk di wilayah Oddar Meanchey dan Preah Vihear turut berpindah secara beramai-ramai.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami