Penduduk kampung di sini berjalan selama tujuh ke lapan jam untuk mendapatkan rawatan daripada pasukan perubatan Mercy Malaysia yang kini merawat 250 pesakit sehari sejak Selasa lepas.
Ketuanya Dr Heng Aik Cheng berkata pasukan terdiri daripada 18 rakyat Malaysia termasuk tujuh doktor pakar daripada pelbagai bidang perubatan setakat ini merawat mereka yang mengalami luka dan luka yang membengkak.
Dr Heng yang juga seorang pakar bedah ortopedik di Hospital Pakar KPJ di Kota Kinabalu, Sabah berkata ada juga yang mendapatkan rawatan untuk batuk dan selsema.
"Doktor dan sukarelawan kami telah pergi ke beberapa kawasan terpencil untuk menemui sebanyak mungkin mangsa gempa bumi termasuk kawasan yang amat memerlukan bantuan perubatan, " katanya semasa ditemui di Sekolah Menengah Shree Bhagawati di daerah Shankarapur, kira-kira 50 km dari Kathmandu.
Beliau berkata anggota pasukannya akan berada di kawasan ini selama tiga minggu sebelum ketibaan pasukan kedua.
"Kami melaksanakan kerja-kerja kami dalam beberapa fasa, dengan fasa pertama yang dipanggil fasa respons yang menumpukan lebih kepada keperluan perubatan yang mendesak dan jangka pendek, diikuti fasa pemulihan dan rehabilitasi.
Kami berhasrat untuk berada di sini untuk beberapa minggu. Lazimnya Mercy Malaysia akan melaksanakan kerja amal mereka selama dua tahun di sebarang kawasan bencana, kata Dr Heng.
Mengikut angka rasmi, jumlah kematian mencecah lebih 6,000 orang dalam gempa bumi bersaiz 7.9 pada skala Richter yang melanda negara di banjaran Himalaya itu Sabtu lepas.
Dr Heng juga berkata dalam masa pasca gempa sukarelawan Mercy Malaysia akan melaksanakan program Pengurangan Risiko Bencana (DRR), iaitu mendidik mangsa mengenai kepentingan bangunan dan kediaman yang kalis bencana.
"Jika tidak kami akan berhadapan keadaan yang sama lagi dan lagi setiap kali gempa bumi melanda wilayah ini," kata Dr Heng yang menjadi sukarelawan dengan Mercy Malaysia sejak 2001.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Heng menasihatkan rakyat Malaysia dan badan bukan kerajaan supaya tidak terburu-buru menghantar pakaian dan bekalan makanan ke Nepal.
"Apa yang lebih mereka perlukan sekarang ialah bantuan kewangan untuk membina semula rumah dan kehidupan mereka.
Malahan Kerajaan Nepal terpaksa menghentikan ketibaan sukarelawan antarabangsa terutamanya pasukan perubatan daripada datang ke sini kerana jumlah mereka telah mencukupi untuk menangani bencana ini, " kata Dr Heng.
Media antarabangsa dan tempatan melaporkan bahawa bertan-tan bekalan ubat dan makanan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di sini.
Dalam sesetengah kes, bekalan itu tidak diturunkan daripada pesawat kargo kerana kekurangan sokongan logistik.
Bernama
Sat May 02 2015
Mangsa gempa bumi Nepal berjalan selama tujuh ke lapan jam untuk mendapatkan rawatan daripada pasukan perubatan Mercy Malaysia. - Foto Facebook Mercy Malaysia
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa 7.0 pada skala Richter landa California
Gempa berlaku lebih 60 batu di barat daya Ferndale, Humboldt County, manakala pusat gempa terletak 45 batu di barat daya Eureka.
Gempa bumi lemah dikesan di Tawau
Pusat gempa terletak 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur dengan kedalaman 10km, iaitu sekitar 17km dari pusat bandar Tawau.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi kuat landa Rantau New Ireland, Papua New Guinea
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richer dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada 1.28 tengah hari tadi.
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud gegar timur Indonesia
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda perairan timur wilayah Maluku Utara, Indonesia, pada Isnin.
Lebih 10 juta rakyat California sertai simulasi gempa bumi
Lebih 10 juta penduduk California pada Khamis menyertai simulasi tahunan kesiapsiagaan gempa bumi terbesar di dunia, lapor Xinhua.
Timur Turkiye digegarkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud
Gempa itu dilaporkan turut dirasai di wilayah sekitar termasuk Elazig dan Diyarbakir.