awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Palestin ragu dengan perjanjian pertukaran tebusan Israel

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2023
23:45 MYT
Penduduk Palestin ragu dengan perjanjian pertukaran tebusan Israel
Kereta kebal tentera rejim Zionis Israel dilihat mengawal kawasan di sempadan Semenanjung Gaza. - Foto AP
HEBRON: Penduduk Palestin di Hebron menyuarakan perasaan bercampur-baur menjelang perjanjian tebusan yang diuruskan antara Israel dan Hamas pada petang Selasa.
Rata-rata penduduk menyuarakan gesaan Hamas untuk membebaskan kira-kira 6,000 tahanan Palestin di penjara Israel.
"Perjanjian tahanan, sudah tentu mereka akan mengadakan perjanjian, walaupun mereka tidak benar-benar mahu, untuk bertukar-tukar tawanan atau mengosongkan penjara, walaupun mereka (Israel) tidak bersetuju, mereka perlu mengosongkan penjara.
"Mereka tidak mempunyai pilihan, kosongkan semua penjara, ini adalah perjanjian abad ini," kata penduduk Hebron, Roubeen Al-Jabari.
Pendapat ini susulan mesyuarat kabinet berkaitan perang oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Selasa.
Ia diadakan di tengah-tengah petanda bahawa perjanjian yang semakin dekat untuk dicapai mengenai pembebasan tebusan oleh pejuang Hamas yang dibawa ke Semenanjung Gaza lebih enam minggu lalu.
Sumber rundingan itu berkata Hamas akan membebaskan 50 wanita dan kanak-kanak, termasuk beberapa warga asing.
Manakala Israel akan membebaskan 150 tahanan Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, semasa gencatan senjata sementara dirancang untuk diadakan selama empat hari.
Topic Berkaitan
#Palestin
#Hamas
#Israel
#tahanan penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan