Ibu pejabat Ikhwanul Muslimin di Kaherah, Mesir menjadi sasaran tunjuk perasaan anti kerajaan dan beberapa blok dari bangunan yang menempatkan pejabat pertubuhan itu, penyokong dan penentang kepimpinan Presiden Mohammad Morsi saling bertempur antara satu sama lain.

Pihak berkuasa yang berada berdekatan dikatan tidak campur tangan.

Mereka hanya bertindak melepas gas pemedih bagi menghalang perusuh daripada menghampiri ibu pejabat Ikhwanul Muslimin.

Sebelum itu, tiga pejabatnya di seluruh Mesir diserbu penunjuk perasaan.

Mereka dikatakan berang dengan tindakan ahli Ikhwanul Muslimin yang bertindak membelasah wartawan dan kumpulan liberal di salah sebuah pejabatnya di Kaherah.

Pengamal media ketika itu berada di kawasan berkenaan bagi membuat liputan mesyuarat.

Dalam kenyataannya, Ikhwanul Muslimin mendakwa penunjuk perasaan membuat provokasi sehingga memaksa pengawal bertugas bertindak bagi mempertahan diri.