awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan di lapangan terbang Manila batal akibat gangguan bekalan elektrik

Bernama
Bernama
01/05/2023
09:44 MYT
Penerbangan di lapangan terbang Manila batal akibat gangguan bekalan elektrik
MIAA memaklumkan bahawa kakitangan operasi kini terus melakukan pemantauan di Terminal 3 untuk membantu penumpang. - Gambar fail/Etx Studio
MANILA: Gangguan bekalan elektrik di lapangan terbang di Manila pada awal pagi Isnin menyebabkan beberapa penerbangan domestik dibatalkan, menurut pihak berkuasa lapangan terbang.
Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila (MIAA) memaklumkan gangguan bekalan elektrik di Terminal 3 berlaku sejurus selepas 1 pagi waktu tempatan pada Isnin, lapor Xinhua.
"Bekalan kuasa sokongan kini membekalkan elektrik ke kemudahan kritikal yang membolehkan sebahagian sistem komputer syarikat penerbangan dan imigresen berfungsi serta membolehkan pemprosesan penumpang masuk dan keluar," menurut MIAA dalam satu kenyataan.
MIAA memaklumkan bahawa kakitangan operasi kini terus melakukan pemantauan di Terminal 3 untuk membantu penumpang.
Setiausaha Pengangkutan Jaime Bautista berkata sistem penjana Terminal 3 digunakan untuk membekalkan kuasa manakala pasukan kejuruteraan MIAA sedang meneliti punca gangguan bekalan elektrik itu.
Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos, yang kini dalam lawatan rasmi ke Amerika Syarikat telah mengarahkan Bautista untuk memulihkan bekalan kuasa "secepat mungkin".
Gangguan bekalan elektrik turut melanda lapangan terbang Manila pada Januari, mencetuskan masalah teknikal dan menyebabkan pembatalan penerbangan domestik dan antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#Imigresen
#lawatan rasmi
#memudahan kritikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan