Skip to main content

Dunia

Penerbangan ke UK dibenar bawa peranti - Arab Saudi

81498711820_USairlines.jpg
81498711820_USairlines.jpg

Advertisement

Arab Saudi mengumumkan kesemua penerbangan menuju ke United Kingdom dibenarkan untuk membawa perantik elektronik, sekaligus memansuhkan larangan yang dikuatkuasakan awal tahun ini.

Perkara terbabit dikongsikan Portal Arab News yang memetik tweet rasmi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA),  Ketua Umum GACA memberitahu bermula 21 Dis, penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah boleh menggunakan komputer riba dan tablet dalam kabin pesawat.

Pada Mac lalu, Amerika Syarikat (AS) dan Britain umum larangan menggunakan peranti elektronik di dalam kabin pesawat bagi penerbangan terus dari Turki, Lubnan, Jordan, Mesir, Tunisia serta Arab Saudi.

Bagaimanapun, pada Julai lalu, AS menarik balik larangan terbabit terhadap penumpang penerbangan Arab Saudi.



Must Watch Video

Advertisement