Seorang penerjun pelantar BASE terpaksa menunggu bantuan selama berjam-jam di sebuah gunung di Phatthalung, Thailand apabila payung terjunnya tersangkut pada bucu batu yang tajam, pada ketinggian ratusan kaki dari tempat mendarat.
Penduduk tempatan yang akhirnya menyedari situasi berkenaan yang tergantung dalam keadaan berbahaya di tebing Gunung Khao Ok Thalu itu segera menghubungi pasukan penyelamat, lapor Reuters.
Penerjun tersebut berasal dari Austria dan dikenal pasti sebagai Johannes Klauser.
"Dia tergantung pada ketinggian kira-kira 175 meter (575 kaki) dan terkial-kial sendirian selama lima hingga enam jam sebelum disedari penduduk tempatan," kata Apisak Ratchakwan, yang mengendalikan kamera dron untuk membantu pasukan penyelamat menentukan kedudukan Klauser.
Seorang pendaki warga Thailand akhirnya berjaya membawa Klauser turun dari tebing itu menggunakan teknik abseiling.
Gunung Khao Ok Thalu di wilayah selatan Thailand itu menjadi lokasi tumpuan para peminat sukan ekstrem terjunan BASE sejak tahun-tahun kebelakangan ini, ujar Apisak.
Penerjun pelantar (BASE) lazimnya menggunakan payung terjun untuk melompat dari tebing bangunan, struktur binaan atau muka bumi semula jadi untuk mencabar kemahiran dan keberanian mereka.
BASE adalah akronim untuk ‘building’ (bangunan), ‘antenna’ (antena), ‘span’ (jambatan) dan ‘earth’ (tebing tinggi).
Agensi
Wed Jan 15 2020
Keadaan Klauser yang tergantung di tebing Gunung Khao Ok Thalu selama berjam-jam sebelum dapat diselamatkan. - Reuters
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penerjun BASE terperangkap di tebing gunung Thailand selama berjam-jam
Penerjun tersebut berasal dari Austria dan dikenal pasti sebagai Johannes Klauser.