Skip to main content

Dunia

Pengasas bersama syarikat permainan video Ubisoft terkorban dalam nahas pesawat

Forensic technicians examine the wreckage of the Cessna 421 piloted by Ubisoft co-founder Claude Guillemot, who was killed when the aircraft crashed while approaching La Baule-Escoublac airfield Friday evening, in La Baule, western France, Saturday, June 20, 2026. (AP Photo/Jeremia Gonzalez)
Pesawat itu terhempas di sebuah kawasan lapang berhampiran bandar La Baule pada petang Jumaat ketika menghampiri lapangan terbang tempatan. - Foto AP
Advertisement

PARIS: Dua individu terbunuh dalam nahas sebuah pesawat di barat Perancis, termasuk pengasas bersama syarikat permainan video gergasi Ubisoft, Claude Guillemot, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa dan syarikat itu pada Sabtu.

Menurut pejabat pendakwa raya, pesawat itu terhempas di sebuah kawasan lapang berhampiran bandar La Baule pada petang Jumaat ketika menghampiri lapangan terbang tempatan.

Ubisoft dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima berita mengenai kematian Guillemot dengan "amat dukacita". 

Syarikat Perancis itu terkenal menerusi francais permainan video popular di peringkat global termasuk "Assassin's Creed".

Pesawat berkenaan berlepas dari Rennes. Pendakwa raya berkata beliau merupakan pemilik pesawat itu, namun tidak mengesahkan secara rasmi identitinya sebagai seorang daripada mangsa nahas.

Kertas siasatan dibuka susulan kejadian. Bagaimanapun, punca dan keadaan sebenar yang membawa kepada nahas itu masih belum dapat dipastikan.

Guillemot, 69, mengasaskan Ubisoft bersama adik-beradiknya pada 1986. 

Beliau kemudiannya menerajui Guillemot Corporation, sebuah syarikat yang memasarkan aksesori permainan komputer dan produk berkaitan.

Menteri Perwakilan Perancis bagi Kecerdasan Buatan dan Hal Ehwal Digital Anne Le Hénanff menerusi platform X menyifatkan pemergian Guillemot sebagai kehilangan besar kepada industri permainan video negara itu, sambil menyatakan Perancis telah kehilangan "seorang daripada perintis" dalam industri berkenaan.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement