awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Palestin mahu komunikasi lebih baik dengan AS mengenai pelan Gaza
Iran sedia berperang jika diancam Amerika Syarikat - Naib Presiden
China longgarkan syarat kemasukan, warga UK dibenar lawat tanpa visa hingga 30 hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasas dakwa Ben & Jerry’s halang perisa ais krim bertemakan Palestin

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2025
07:40 MYT
Pengasas dakwa Ben & Jerry’s halang perisa ais krim bertemakan Palestin
Cohen (foto) merancang melancarkan perisa tembikai secara bebas dan menyeru orang ramai menyumbang idea nama, ramuan dan reka bentuk pembungkusan. -Foto Instagram
WASHINGTON: Pengasas bersama jenama ais krim terkenal Ben & Jerry’s, Ben Cohen, mendakwa syarikat induk Unilever telah menghalang usaha mereka untuk melancarkan perisa ais krim bertema Palestin sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat negara itu.

Ringkasan AI
  • Ben Cohen mendakwa Unilever menghalang usaha Ben & Jerrys untuk melancarkan perisa ais krim bertema Palestin sebagai tanda solidariti.
  • Cohen merancang melancarkan perisa tembikai secara bebas dan menyeru orang ramai menyumbang idea nama, ramuan dan reka bentuk pembungkusan.
  • Ben & Jerrys sebelum ini pernah cuba menghentikan penjualan di wilayah diduduki Israel, namun berdepan tentangan daripada syarikat induk Unilever.

Dalam satu kenyataan video yang dimuat naik ke Instagram dan platform X pada Selasa, Cohen berkata perisa berasaskan tembikai — simbol sokongan terhadap hak rakyat Palestin — telah ditolak oleh Unilever dan anak syarikatnya atas alasan yang tidak didedahkan secara terperinci.
View this post on Instagram
A post shared by Ben Cohen (@yobencohen)
“Unilever dan Magnum telah menghalang Ben & Jerry’s daripada mencipta perisa untuk Palestin — jadi saya akan lakukannya sendiri,” kata Cohen sambil menunjukkan tembikai dan bekas kosong ais krim sebagai simbolik kepada projek peribadinya.
Beliau turut menyeru orang ramai untuk mencadangkan nama perisa, ramuan dan reka bentuk pembungkusan sebagai sebahagian daripada kempen sokongan yang akan dijalankan secara bebas di luar jenama rasmi Ben & Jerry’s.
Ben & Jerry’s sememangnya dikenali sebagai jenama yang lantang bersuara dalam isu sosial dan kemanusiaan, termasuk konflik Israel-Gaza.
Sebelum ini, syarikat itu pernah cuba menghentikan penjualan produk mereka di wilayah yang diduduki Israel, namun berdepan tentangan daripada Unilever.
Setakat ini, Unilever belum mengeluarkan kenyataan balas rasmi berhubung dakwaan tersebut.
Topic Berkaitan
#Ben Cohen
#Ben & Jerrys
#perisa ais krim
#bertema Palestin
#tembikai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan