awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengasas Wikileaks diberi taraf kerakyatan Ecuador

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2018
22:27 MYT
Pengasas Wikileaks diberi taraf kerakyatan Ecuador
Assange kekal berlindung di Kedutaan Ecuador di London kerana beliau melarikan diri dari jaminan polis. - Foto AP
Ecuador memberi taraf kerakyatan kepada pengasas Wikileaks, Julian Assange.
Menteri Luarnya Maria Fernanda Espinosa memaklumkan kerakyatan diberi kepada Assange, sementara pihaknya mencari kaedah penyelesaian kepada situasi yang dihadapi beliau.
Assange menerima suaka politik dari Ecuador sejak 2012 dan bersembunyi di kedutaan negara itu.
Persembunyian itu adalah untuk mengelak perintah ekstradisi yang dikeluarkan ke atasnya oleh Sweden berhubung siasatan dakwaan seksual.
Kes berkenaan bagaimanapun digugurkan di Sweden.
Namun Assange kekal berlindung di Kedutaan Ecuador di London kerana beliau melarikan diri dari jaminan polis.
Pejabat Setiausaha Luar Britain, pada Khamis menolak permohonan Ecuador untuk memberi status diplomatik kepada Assange, atas alasan beliau dilahirkan di Australia.
Topic Berkaitan
#Britain
#Ecuador
#ekstradisi
#Julian Assange
#kedutaan
#polis
#WikiLeaks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan