awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal pantai FIlipina adakan latihan bersama pertama dengan AS, Jepun

Bernama
Bernama
29/05/2023
16:15 MYT
Pengawal pantai FIlipina adakan latihan bersama pertama dengan AS, Jepun
Tiga kapal peronda Filipina dan masing-masing sebuah kapal AS dan Jepun akan mengambil bahagian dalam latihan itu. - Gambar Twitter @coastguardph
MOSCOW: Pengawal pantai Filipina buat julung kalinya akan mengadakan latihan bersama dengan Amerika Syarikat (AS) dan Jepun di perairan wilayah Bataan bermula 1 hingga 7 Jun, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Filipina pada Isnin.
Tiga kapal peronda Filipina dan masing-masing sebuah kapal AS dan Jepun akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Tujuan latihan itu bagi meningkatkan interaksi antara pengawal pantai dengan kedua-dua pihak ketika operasi bersama di laut, termasuk menerusi komunikasi, latihan pergerakan, rondaan serta misi mencari dan menyelamat.
"Pengawal pantai AS dan Jepun sebelum ini membantu kita dalam program pembangunan sumber manusia, terutama latihan membabitkan undang-undang penguatkuasaan.
"Ini peluang terbaik untuk menghargai dan mempamerkan kepada mereka mengenai apa yang pegawai ketika pelajari ketika program berkenaan," kata Laksamana Madya Rolando Punzalan.
Sewaktu latihan itu, peserta akan melakukan simulasi memburu kapal yang didakwa terbabit dalam aktiviti lanun.
Format latihan turut membabitkan pertandingan sukan, peluang pertukaran anggota untuk peningkatan mutu profesional serta beberapa aktiviti berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pertukaran anggota
#aktiviti lanun
#Simulasi
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan