Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa, seorang pengebom bunuh diri berusia sekitar 12 hingga 14 telah bertanggungjawab ke atas serangan bom pada satu majlis perkahwinan di bandar Gaziantep, Turki.

"Letupan itu adalah hasil daripada seorang pengebom bunuh diri yang berusia antara 12 hingga 14 yang sama ada diletupkan sendiri atau diletupkan orang lain," kata Erdogan pada sidang media di Istanbul pada Ahad.

Beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa maklumat awal mengesyaki serangan itu dilakukan oleh kumpulan militan Daish.


Terdahulu, kegembiraan pasangan pengantin meraikan hari bahagia bertukar tragedi di apabila sekurang-kurangnya 50 maut dan 94 lagi cedera dalam serangan bom lewat Sabtu malam di sebuah majlis perkahwinan.

Angka itu meningkat daripada jumlah awal sebanyak 22 dan kemudiannya 30 kematian sebelum ini.

Letupan yang berlaku secara tiba tiba menyebabkan beberapa tetamu majlis cedera. Mangsa dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.