Seorang pengemis Thai berusia 63 tahun, yang menghidap polio dan mempunyai masalah pertuturan, telah menderma sebanyak satu juta baht (RM100,000) untuk sebuah kuil berhampiran Bangkok.

Nanyang Siang Pau melaporkan Aiam Cambhiranon, yang telah mengemis di Wat Rai King (Kuil Rai King) sejak 34 tahun lalu, menyerahkan duit tersebut pada Khamis lalu.

Wat Rai King (Kuil Rai King) terletak di daerah Sam Phran, wilayah Nakhon Pathom berhampiran dengan Bangkok.

Ini merupakan kali ketiga beliau telah menderma ke kuil tersebut. Penduduk asal Saraburi itu pada pertama kalinya memberikan 400,000 baht (RM40,000) kepada kuil tersebut pada bulan April 2011 dan menyumbangkan hampir satu juta baht tahun lepas.

Sumbangannya yang kedua telah menjadi tajuk utama berita di surat khabar Thai.

Aiam yang tidak mempunyai ahli keluarga, berkata dia memperoleh 3,000 baht (RM313) hingga 4,000 (RM418) sumbangan harian pada hari bekerja dari orang ramai dan 20,000 hingga 40,000 baht (RM2,090 hingga RM4,180) pada hujung minggu selepas sumbangannya yang kedua.