awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengendali senjata api filem Rust dipenjara 18 bulan

Sinar Harian
Sinar Harian
16/04/2024
11:34 MYT
Pengendali senjata api filem Rust dipenjara 18 bulan
Gutierrez-Reed didakwa cuai hingga mengakibatkan kematian ahli sinematografi, Halyna Hutchins selepas mangsa ditembak aktor, Alec Baldwin pada 2021. - Foto/ Reuters
PENGENDALI senjata api untuk filem bajet, Rust, Hannah Gutierrez-Reed dihukum penjara 18 bulan pada Isnin berhubung insiden kematian ahli sinematografi, Halyna Hutchins selepas ditembak aktor, Alec Baldwin pada 2021.
Keputusan itu dibuat sebuah mahkamah di New Mexico, Amerika Syarikat (AS) selepas Gutierrez, 27, pada bulan lalu disabit bersalah melakukan pembunuhan secara tidak sengaja apabila dia tersilap memasukkan peluru hidup ke dalam revolver yang digunakan Baldwin ketika sesi latihan menembak di set penggambaran tersebut.
“Anda telah menjadikan ia sebagai senjata maut,” kata Hakim Mary Marlowe Sommer ketika beliau membacakan keputusan tersebut.
Kejadian tembakan itu turut menggemparkan Hollywood dan merupakan tragedi pertama pada era moden yang melibatkan kru filem terbunuh berpunca daripada kecuaian.
Difahamkan, perbicaraan ke Baldwin, 66, dijadualkan pada 10 Julai depan selepas juri besar juga mendakwa pelakon itu melakukan pembunuhan tidak sengaja pada Januari lalu.
Sebelum ini, aktor tersebut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut. - Agensi/ Sinar Harian
Topic Berkaitan
#filem rust
#Alec Baldwin
#Hannah Gutierrez
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan