awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengganas insiden berdarah Christchurch pecat peguam, tidak menyesali perbuatannya

Agensi
Agensi
18/03/2019
07:44 MYT
Pengganas insiden berdarah Christchurch pecat peguam, tidak menyesali perbuatannya
Tarrant bercadang untuk mewakili dirinya pada penampilannya di mahkamah yang akan datang
Brenton Tarrant, pengganas Australia yang telah membunuh 50 orang semasa solat Jumaat di dua masjid Christchurch, memecat peguamnya semasa pendengaran mahkamah pada 16 Mac.
Tarrant bercadang untuk mewakili dirinya dalam perbicaraan di mahkamah yang akan datang kerana tidak mahu dirinya diwakili peguam yang dilantik oleh mahkamah, Richard Peters.
Peters memberitahu agensi berita AFP bahawa Tarrant ingin mewakili dirinya dalam kes ini.
“Dia kelihatan waras dan tidak mengalami apa-apa kecacatan mental. Dia seolah-olah faham apa yang sedang berlaku,” tambahnya lagi dengan wartawan NZ Herald.
Pada pendengaran mahkamah yang mengambil tempat pada 16 Mac, Tarrant didakwa atas kesalahan pembunuhan dan kesnya akan dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk keterangan yang lebih lanjut.
Menurut agensi media Al Jazeera, Tarrant kelihatan tidak menyesali perbuatannya dan merenung terus pada ruang media dalam mahkamah sambil tersenyum sinis sepanjang penampilannya.
Dua lagi suspek ditahan sementara polis cuba mengenal pasti peranan mereka dalam tragedi penembakan tersebut namun, tiada seorang antara mereka yang mempunyai sejarah jenayah sama ada di New Zealand mahupun di Australia.
Tarrant ditahan tanpa rayuan sehingga penampilan seterusnya dalam Mahkamah Tinggi South Island pada 5 April.
Topic Berkaitan
#Australia
#Christchurch
#jenayah
#mahkamah
#New Zealand
#Pembunuhan
#pengganas
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan