WASHINGTON: Agensi perisikan Barat pada Khamis mengeluarkan nasihat bersama mengenai penggodam siber yang dikatakan ditaja China kini menyasarkan infrastruktur kritikal Amerika Syarikat (AS) dan membantu pengguna mengenal pasti aktiviti itu pada peranti masing-masing, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Agensi di AS, Kanada, Australia, New Zealand dan Britain mengeluarkan nasihat bersama dan berkongsi butiran teknikal mengenai "kelompok aktiviti dikesan baru-baru ini dikaitkan dengan penggodam tajaan Republik Rakyat China (PRC) dikenali sebagai Volt Typhoon".
"Rakan kongsi sektor swasta telah mengenal pasti bahawa aktiviti ini menjejaskan rangkaian merentas sektor infrastruktur kritikal AS dan agensi yang berkuasa percaya pelaku itu boleh menggunakan teknik yang sama terhadap sektor berkenaan dan sektor lain di seluruh dunia," menurut nasihat itu.
Sementara itu, Microsoft dalam catatan blog pada Khamis berkata ia "mendedahkan aktiviti jahat tersembunyi yang disasarkan dan tertumpu pada akses kelayakan pasca kompromi dan penemuan sistem rangkaian dalam organisasi infrastruktur kritikal di Amerika Syarikat".
Menurut Microsoft, Volt Typhoon "biasanya menumpukan pada pengintipan dan pengumpulan maklumat".
"Microsoft menilai dengan keyakinan sederhana bahawa kempen Volt Typhoon ini kini menyasarkan pembangunan keupayaan yang boleh mengganggu infrastruktur komunikasi kritikal antara Amerika Syarikat dan rantau Asia dalam krisis masa depan," menurut syarikat teknologi itu.
Microsoft berkata kumpulan itu yang aktif sejak pertengahan 2021, menyasarkan organisasi infrastruktur kritikal di wilayah AS Guam dan tempat lain di Amerika Syarikat dengan sasaran aktiviti "pengintipan dan mengekalkan akses tanpa dikesan selagi boleh".
Syarikat itu berkata organisasi yang terjejas oleh kempen berniat jahat itu antara lain termasuk maritim, kerajaan dan teknologi maklumat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2023
Menurut Microsoft, Volt Typhoon "biasanya menumpukan pada pengintipan dan pengumpulan maklumat". - Gambar fail/ETX STUDIO
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Penggodam disokong China sasar infrastruktur kritikal AS
Syarikat itu berkata organisasi yang terjejas oleh kempen berniat jahat itu antara lain termasuk maritim, kerajaan dan teknologi maklumat.
Isu asal usul COVID-19 dipolitikkan - Tinjauan CGTN
Hasil tinTjauan kumpulan pemikir China Global Television Network (CGN) mendapati bahawa 80 peratus responden berpendapat usaha merungkai asal usul pandemik COVID-19 dicemari politik.
"Saya tidak boleh menulis, kini berdepan masalah kesihatan" - Amitabh Bachchan
Bintang Bollywood Amitabh Bachchan kini dilaporkan sedang mengalami masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di India.
Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.
Penulis blog 'Big Dog' meninggal dunia
Berita sedih mengenai pemergian Zakhir, 52, dikongsi oleh beberapa pengguna media sosial di laman Facebook Allahyarham, sebentar tadi.
Undang-undang diguna untuk sesuatu yang tidak demokratik, adil - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa undang-undang ketika ini digunakan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak demokratik dan adil.
'Tinggal saya seorang, saya kesunyian' - Tun M luah rasa sedih atas pemergian sahabat
Ahli Parlimen Langkawi berkata beliau dan Khalid bersama selepas tamat Perang Dunia Kedua.
Isu kuarantin: Khairuddin nafi ke Belanda, beri amaran saman pemfitnah
Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan dakwaan kononnya beliau pergi ke Belanda ketika lawatannya ke Turki semasa PKPP.
Malaysia mungkin jadi negara perasuah jika jenayah itu terus dipandang ringan - Tun M
Apabila ramai yang anggap rasuah bukan sebagai satu jenayah yang buruk, maka ia akan berkembang sehingga menjadi amalan seluruh masyarakat.
Lebih 50 peratus rakyat Malaysia percaya melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP
Nancy berkata, daripada tinjauan itu, sebanyak 50.9 peratus responden mempercayai bahawa melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP.